Monday, July 7, 2008

BELI TETAPI TAK BACA


Saya rasa semua kaki buku ada penyakit ini - beli, beli, beli dan tak baca!

Sewaktu hendak membeli, kita dirangsang oleh bermacam-macam andaian. Takut nanti buku tu habis. Takut lain kali tak ada duit. Takut itu, takut ini.

Dan kita pun beli. Kemudian, kerana sebab-sebab yang kita sendiri pun kadangkala tak faham, buku itu kita simpan...simpan dan simpan...dan simpan.

Saya pun tak tahu sebenarnya berapa banyak buku dalam simpanan yang masih belum dibaca. Yang nyata sangat banyak. Yang terpampang di sebelah ini adalah sebahagian daripadanya.
Sukar untuk ditentukan bilakah berpeluang membaca buku-buku ini sebuah demi sebuah. Dulu, selalu berkata pada diri sendiri, 'nanti bila ada masa lapang, aku baca la...'

Tetapi kian lama kian terasa bahawa masa lapang itu semakin tiada...

7 comments:

AbnormalSuam said...

Ini bukan penyakit seorang... majoriti.... ada lagi penyakit sampingan... penyakit baca sekerat, kendian lupa tang mana berhenti dan terus cemuih... nak-nak pulak kalau baca yang penulisnya mula merapek meraban pasal dirinya sendiri dalam watak yang ditulis...

Anonymous said...

Betul tu...kekadang tu baca bab depan kemudian tup tup baca bab hujung atau malas sangat baca mukadimah dengan kesimpulan...

Khatam jugak...

Pak Malau said...

Itu namanya book keeper!

Unknown said...

betul sekali, terutama bila ada sales habis beli buku yg blh tahan murah harganya, tapi tak baca pun.

p/ slowly baca, tengah baca buku TDM Menyahut Cabaran, Pustaka Antara 1976.
Jumpa kat rumah pakcik kata nak pinjam sekejap

Anonymous said...

Saya setuju dengan penyakit yang anda utarakan itu.
Kerana terlalu banyak membeli berbanding masa kosong yang ada,sebab tu penyakit tu ada

alhariesz said...

SANGAT SETUJU!

ebinquaintance said...

Betway Casino & Resort (United States of America) - Dr.MCD
Betway Casino & Resort is 강릉 출장샵 an American 의왕 출장마사지 operation 익산 출장마사지 of the same name, 밀양 출장안마 founded in 1934 in New York City, United 제주 출장안마 States.‎Casino · ‎Contact Us · ‎Casino · ‎Entertainment