Saturday, June 14, 2008

ANTARA BUKU LAMA SAYA...


Terpampang di atas itu dua daripada buku lama yang ada dalam koleksi saya. Buku Peristiwa Sultan Hamid II diberikan kepada saya oleh seorang sahabat. Ia diterbitkan oleh Penerbit Djakarta pada tahun 1955, ketika ayah saya masih bersekolah. Cop kedai pada buku itu menunjukkan ia dibeli di Pustaka Antara, 531, Batu Road, Kuala Lumpur. Tebalnya 240 muka surat dan harga yang tertulis (dengan pensil) ialah $3.75.

Wartawan Dalam Seribu Suasana pula saya beli di sebuah kedai buku lama. Harganya dah tak ingat. Tetapi harga asal buku itu ialah $2.50. Tebalnya 220 muka, dengan dua halaman berlipat (folded) yang mengandungi pengarangnya (Ghazali Ismail) bersama Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan kumpulan pengarang dan wartawan lain. Buku ini diterbitkan oleh Penerbitan Gronloh, 41, Princes Road, Kuala Lumpur pada bulan Julai 1962.

Dua buku ini sebenarnya hanyalah sebahagian kecil yang terdapat dalam simpanan saya. Masih ada banyak lagi, dan ada juga yang jauh lebih 'tua'.

Catatan: saya tahu Batu Road itu Jalan Tuanku Abdul Rahman sekarang, tetapi saya masih tercari-cari di mana Princes Road.

5 comments:

AbnormalSuam said...

Princes Road adalah nama lama bagi Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru sekarang ini

jeanbara said...

Terima kasih abnormalsuam,

Bila-bila kita pergi tengok di alamat 41, Princes Road tu sekarang ni dah jadi apa?

Anonymous said...

Simple aje ya cover buku dulu-dulu. Saya agak kesal kerana dua kotak buku lama peninggalan arwah datuk dibuang entah oleh siapa. Saya ketika itu bz di kampus.

AbnormalSuam said...

kalu tak salah, tempat tu la ni dah jadi gedung kereta mewah (ferrari) Naza...

jeanbara said...

Abnormalsuam,
Saya baru diberitahu seseorang, Princes Road adalah Jalan Raja Muda. Jalan Raja Abdullah pula Perkin Road.
Sama-samalah kita korek. Saya tercari-cari Old Kuala Lumpur yang dihasilkan oleh JM Gullick. Entah di mana letaknya.

* Kalaulah Allahyarham Pak Sako dan Malungun masih ada...