Saturday, June 14, 2008

SEBUAH PERJALANAN


Ini sebuah lagi buku yang saya sayang - Sebuah Perjalanan - hasil sentuhan SN Dato' Abdullah Hussein. Buku yang sarat dengan catatan pengalaman ini amat menguja saya. Saya suka stail penceritaannya, mood yang dibangkitkannya dan nilai yang cuba diketengahkan secara halus.

Buku ini saya beli pada 17 Mac 1986 (kalau datang rajinnya - atau biasanya semasa membeli cuma sebuah dua, saya suka juga mencatatkan tarikh), dan kalau tak silap dengan duit advance untuk memulakan projek penulisan Siri Muhammad Rasulullah.

Sebuah Perjalanan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1985, setebal 547 muka surat dan dijual dengan harga RM16.00. Bayangkan berapa agaknya harga buku setebal itu sekarang ini, apatah pula dengan ukurannya 8" X 5.5".

Keadaan buku ini agak 'teruk' bukan kerana terbiar, tetapi kerana terlalu kerap diusung. Sejak lebih 20 tahun lalu, saya masih terus membacanya, walaupun secara selak-selak. Maksud saya, hanya baca di bahagian-bahagian tertentu. Biasanya ini dilakukan apabila merindui mood kehidupan di kampung pada masa lalu.

Untuk sahabat saya Afandi; mungkinkah buku ini yang saudara maksudkan?

10 comments:

afandi said...

ya, sdr. jeanbara
itulah buku yang menceritakan perihal kampung sekitar negeri kedah, khususnya daerah yan, juga merakamkan perihal kastam zaman dulu dalam bab apa kurang pasti, tapi ada disebut Outdoor Officer (ODO) adalah gelaran kepada Pegawai Kastam zaman dahulu, juga disebut bapa J.D (penyair dari Kastam Langkawi), dalam buku itu. adakah masih dijual cetakan terbaru buku tersebut?

Azmi said...

Buku yang cukup bagus. Malangnya buku seperti ini tidak lagi menjadi teks pengajaran dan pembelajaran di sekolah kita.

jeanbara said...

afandi,
Saya baru membuat google search. Edisi kedua buku ini ada diterbitkan oleh DBP pada tahun 2005.

Azmi,
Apa pun, sama-samalah kita berharap agar suatu masa nanti, buku teks untuk sekolah tidak dipilih dengan cara SMS. Itu saja.

AbnormalSuam said...

hehehe... menyimpang tajuk sikit la dari 'Sebuah Perjalanan'...

Tidak ada novel Melayu yang paling mengesankan bagi jiwa aku selain daripada 'Awang Toksan' karya Nurjaya dan 'Seorang Tua Di Kaki Gunung' yang mana kedua-duanya berlatar belakang Gunung Bongsu dan Kampung Sungai Tengas (kampung aku tuhhh)...

Budaya kampung dengan kesusahan yang rata-rata menjadi nadi kehidupan masyarakat masa itu dapat dihayati dengan bersungguh-sungguh terutama apabila kita sendiri berada dalam suasana tersebut.

"Garis Lintang Anak Haram', cerpen-cerpen orang kampung seperti 'Tulang Pekasam Ikan Puyu' Azizi Haji Abdullah, banyak memberi pengaruh kepada penulisan aku.

Ughhhhh... kenapalah si jeanbara ni pi buat blog nih... kang dalam satu post, mahu ada tujuh lapan comment aku yang panjang-panjang...

aku merindui zaman-zaman aku berjalan dengan boss ke Jalan Telawi, di samping menemani dia dan girl-friendnya, sempat singgah ke 'Rent A-Book' mencari buku-buku murah dengan duit yang ada tak sampai seratus ringgit sedangkan terlalu banyak buku yang menarik minat.

aku terkenangkan zaman aku merayap dari satu kedai buku ke satu kedai buku - masih lagi aku amalkan, cuma sekarang terhad di Borders, Kouni Konia dan kedai buku secondhand di Ampang Point. Dulu-dulu aku cari novel kompilasi murah tapi boss aku perkenalkan aku dengan siri koleksi berita atau autobiografi atau koleksi kes-kes ganjil di seluruh dunia - dan masih aku simpan sampai sekarang... sekarang aku mencari naskhah-naskhah kisah misteri seperti ketamadunan Mesir, Incha, Aztec, buku-buku jampi sihir Pagan Eropah dan sebagainya...

Suatu ketika, aku pernah ternampak sebuah buku tebal berbahasa Inggeris yang menceritakan tentang Ketamadunan Lemuria atau Mur dengan kulitnya berilustrasi seorang lelaki (atau perempuan) yang berpakaian laksana penduduk Melayu Bali...

Disebabkan aku tidak ada duit yang cukup, terpaksalah aku berundur. Malangnya, selain aku ada ramai lagi berkongsi minat yang sama... dan buku itu lesap begitu sahaja... tak tahu siapa pemiliknya sekarang...

tok dam said...

aku ni tak ada la koleksi buku..tapi buku ni aku pun pernah baca..asyik dan indah sekali.

abdullah hussein ni aku cukup suka tulisan dia..macam baca buku sejarah tapi tak jemu..enjoy. dia pencerita yg hebat..bukan pencerita biasa macam kata shahnon kat dia tu..he,he,..selit jugak politik sikit.

karya shahnon pun aku tak berapa boleh nak menikmati..lain pulak dengan azizi..aku boleh skor subjek sastera pasai teruja dengan Tuk Ya azizi ni..

Azmi Ahmad said...

Saudara JB..
Buku sebuah perjalanan ini adalah buah tangan Datuk Abdullah Hussain yang paling saya minati. Dah beberapa kali saya 'khatam' buku ini. Paling menarik ialah cerita zaman remaja Nyak Abdullah semasa tinggal dan belajar di Alor Setar. Terasa seolah-olah kita hidup dan berada pada zaman remaja beliau itu.

Saya pernah pinjamkan buku ini kepada Afandi sewaktu beliau di Kuala Perlis dulu, bukan apa kerana banyak tempat yang disebut oleh Abdullah adalah kawasan tempat membesar Afandi - Ruat, Titi Serong, Teroi dsbnya..

Kini saya memiliki buku Sebuah Perjalanan edisi kedua yang diterbitkan pada 2005. Saya juga ada memiliki beberapa siri lain 'perjalanan' yang ditulis Sasterawan Negara kebanggaan Kedah ini.

Canser vs B17 said...

Terima kasih kepada abnormalsuam kerana mengingatkan kepada novel "Seorang Tua Di Kaki Gunung"

Bukankah novel ni disiarkan secara bersiri dalam sebuah akhbar tabloid suatu masa dulu, kalau tak silap sayalah. Sebab ada terbaca kisah ni...

Dan masih ada lagikah dipasaran?

AbnormalSuam said...

Rasa-rasanya tak susah nak cari Seorang Tua Di Kaki Gunung ni, atau Seluang Menodak Baung karya Shahnon...

Sebelum balik ke Keluang ni, aku ternampak kedua-dua novel ni, cuma aku tak ingat dengan jelas, di mana tempatnya... maklumlah sejak minyak naik harga nih, aku jadi pelupa sangat-sangat...

Anonymous said...

Bagi saya setiap pengarang mempunyai corak atau cara karangan yang tersendiri. Ada yang baca sekali kita boleh faham dan ada yang baca beberapa kali masih tak faham.

Macam Tok Dam cakap la bagi dia karya Abdullah Hussein senang difahami sedangkan Shahnon Ahmad susah. Macam dulu karya SHIT bagi setengah orang susah dan agak geli membacanya tetapi saya suka satira yang begitu.

Karya luar juga menarik seperti Keluarga Gerilya oleh Pramoedya Ananta Toer dan karya karya Pak Hamka.

Dulu dulu dalam akhbar Berita Minggu selalu keluar cerita Aziz Wok (kalau salah betulkan) mengenai cerita cerita misteri. Masa tu berebut nak baca cerita kat akhbar. La ni saya memang langsung tak baca akhbar tengok mukadepan jer.

Seperti saya pernah kata dan saudara Jean juga bersetuju kekangan masa menyebabkan banyak karya yg dulu senang dihabiskan dalam masa yg sekejap tapi sekarang dok berhimpun atas meja nak dibaca tapi tak dan nak baca.

Apa yg saya buat saya baca satu bab bagi tiap tiap buku tu. Tak nak bagi rasa bersalah. Nak bagi masa nak baca internet lagi terutama nak baca depa-kata.blogspot :) tu yg kena agih betui betui. Last last buku jadi yg akhir sekali dibaca.

Sabran

afandi said...

ya. sdr. azmi
terima kasih kerana meminjamkan buku sebuah perjalanan tersebut..ada lagi ka buku tu?

cerita Tok Ya memang mengujakan, apa yg dilukiskan melalui watak Tok Ya dengan kehidupan di kaki Gunung Bongsu tersebut seiring dengan kehidupan saya sejak kecil di pinggir Gunung Jerai, masuk hutan cari rotan, tarah kayu dihutan bersama Arwah ayah untuk jadikan tiang rumah dsb. telah dilalui.

sdr..
satu lagi buku yg juga mengungkapkan warga tua dengan kehidupan hutan, Saad Che Lah, Imam Hamad melalui Serengengge, Imam Hamad dan watak menjerat burung punai..