Monday, June 23, 2008

SEKILAS KENANGAN...


Buku-buku di atas besar jasanya kepada saya. Ia merupakan sebahagian daripada 20 buah buku-buku cerita kecil dalam Siri Muhammad Rasulullah, yang saya tulis pada tahun 1986. Siri itu merupakan projek besar saya yang pertama. Dua minggu saya berkurung dalam rumah; tidak langsung ke luar ke mana-mana; malah tidak melepasi grill rumah.

Buku-buku ini juga merupakan ‘breakthrough’ fasa kedua saya dalam dunia penulisan. Siri ini serta dua siri lain kemudian dihantar untuk penilaian dalam tender bahan-bahan bacaan di bawah Skim World Bank. Sementara dua siri lain ‘kantoi’, siri Muhammad Rasulullah ini berjaya melepasi piawaiannya dan kemudian dipilih sebagai sebahagian bahan bacaan di bawah skim tersebut.

Dan sekarang, saya sedang berusaha menyusun semula siri ini dalam format baru...

3 comments:

akuatik said...

Salam,
kalau tengok ilustrasi kulit macam penah baca saja buku-buku tu masa sekolah dulu. ntah mana pi buku-buku tu la ni

Anonymous said...

Salam,

Alamak, rasa-rasanya saya pun pernah baca buku-buku ni masa kecik-kecik dulu! Boleh tau dak kat mana boleh beli buku ni sebab nak beli bagi anak-anak pulak baca.Semoga riwayat hidup Rasulullah menjadi pedoman buat mereka.

Anonymous said...

semenjak darjah 5, dek kerana membaca buku kisah-kisah nabi hingga sekarang saya masih belum tinggal sembahyang.. besar pahala penulis-penulis buku seumpama ini. mudah-mudahan jeanbara juga menerima pahala yang besar dari Allah SWT. Aimin.