Wednesday, June 18, 2008

BIASA TENGOK YANG INI?


Siapa pernah tengok majalah ini?
Suatu masa dahulu, ia pernah menjadi antara majalah yang popular. Kalau tak seiring pun, pasti berada di belakang Dian dan Mastika. Ia pernah muncul, kalau tak silap saya, dalam dua format. Mula-mula yang kecil ini, kemudian yang besar macam URTV. Majalah ini mula menghilang dari pasaran menjelang pertengahan 1970-an.
Naskah di atas merupakan edisi 1966, bilangan 8. Penerbitannya ketika itu dua bulan sekali dan dijual dengan harga $1.00 dengan ketebalan 152 muka surat.
Majalah ini diterbitkan oleh penerbit yang sama dengan majalah Dian iaitu Penerbitan Dian, Kota Bharu, Kelantan.
No telefonnya? 565 sahaja!

4 comments:

afandi said...
This comment has been removed by the author.
afandi said...

Jeanbara, hamboi tengok 2 ayam bapa belaga, macam la ni jugak..

oh Allahyarham dato' Yusof Zaky Yaakob yang menerbitkan SantaJiwa kan, bersama Dian. Banyak artikel terjemahan dalam tu...

harga $1.00 tapi masa tu nak beli pun payah juga.

jeanbara said...

La ni bukan setakat dua, semua ayam dah berlaga fendi.

Ada orang kata, kalau orang semua pakat duduk membaca buku, mereka mungkin tak ada masa nak berlaga.

Saya rasa tak berapa betul. Yang betulnya, terlalu banyak membaca buku juga membuatkan orang ghairah nak berlaga.

Tapi apa pun, yang paling leceh bila kena tengok yang baca buku berlaga dengan yang tak baca buku...

Serba salah kita dibuatnya.

Anonymous said...

Mula-mula saya fikir ini gambar komik atau buku cerita. Rupa-rupanya majalah...