Sunday, June 22, 2008
WISDOM...MURAH DAN BEST!
Kalau terjumpa majalah comel di atas, saya rekomenkan sahabat-sahabat supaya jangan bertangguh membelinya. Majalah terbitan Wisdom Publications, Mylapore, Chennai, India ini agak unik. Tebalnya cuma 64 muka. Menggunakan kertas newsprint dengan halaman-halaman spot color. Harganya hari tu cuma RM2.50.
Setiap kali turun ke Lucky Garden, Bangsar, majalah ini dulu yang saya cari. Ada terjual di kedai paling hujung blok berhadapan Restoren Akhbar Shah.
Apa istimewanya?
Selain konsep laman depannya yang sentiasa memaparkan imej kanak-kanak yang ceria, kandungan majalah ini simple dan menarik. Penyampaiannya juga mudah. Bahannya biasa-biasa, tak ada yang sensasi, tetapi tetap merupakan diages yang merangsang pengetahuan. Cuba la beli, tengok dan baca...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Teringat saya pada awal tahun 70-an, terbit majalah untuk orang 'dewasa'iaitu JEJAKA. Cerita serta isi kandungannya agak menghairahkan dan banyak dijual di kedai-kedai mamak seperti kedai mamak kat Simpang Kuala (hadapan Maktab Mahmud)..
Saya pernah curi-curi baca abang saudara punya, Jejaka...dan ada satu lagi kalau tak silap Mesra...hehe. Sekali dia tau, terus dia kunci almari. Lepas tu dok terintai-intai almari tu macam kucing intai ikan dalam akuariam.
salam
menyimpang jauh ni sikit....
1. masih teringat kalau hari raya GG ada paparkan penulis/pelukis tapi dalam gaya yang pelik2, di lukis karikatur dsb., tapi tercari juga 'adi alhadi', ketua pengarang kumpulan kot kalau x silap, kalau silap sorry, tapi tak jumpa..
2. lagi satu sampai lani x tau sapa Professor Serba Tau (PST) yang satu ketika dulu jadi icon GG, la tak tau lah lama x baca GG, sapa dia ..bertapa di Gunung Everest katanya, idea sapa JT,ZBH atau arwah Pak Jab.
3. ha'ah buku ILMU JANTINA pun masih teringat, pinjam dari sdr. Azmi, dulu depa heboh pasai M Gersang ..abnormal suka baca katanya
Post a Comment