Friday, June 27, 2008

TAJUL MULUK YANG DIHARAMKAN

Emel berikut ini saya terima pagi-pagi buta lagi daripada abnormalsuam. Ia susulan komen Johar Faizal dalam komen dalam posting sebelum ini mengenai kitab Tajul Muluk yang diharamkan. Bacalah...


Setelah diselidik dan dikelebek, maka ditemui bahawa ada dua TAJUL MULUK yang diharamkan. Yang pertama adalah sebuah buku yang diterbitkan oleh CV.Aneka Solo yang berjudul IKHTISAR TAJUL MULUK (MAHKOTA RAJA) yang ditulis oleh ABD.HAMID ZAHWAN. Tarikh warta pengharaman buku ini adalah pada 26 April 2007.

Manakala TAJUL MULUK yang kedua menerima pengharaman pada 26 Oktober 2007 diterbitkan oleh Percetakan AlMuarif Sdn. Bhd yang ditulis oleh Tuan Husin Besut Ibn Al Marhum Tuan Ishak Fatani.

Tiada penjelasan diberikan berhubung pengharaman kedua-duanya...

Bagaimanapun dalam satu fatwa JAKIM: (dalam bentuk soal jawab)

Soalan: Adakah Kitab Tajul Muluk boleh dipelajari isi kandungannya?

Jawapan:

Kita boleh mempelajari Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada Allah S.W.T. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al -Maidah ayat 90 yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor ( keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga kamu berjaya".

Oleh itu saudara hendaklah mempelajari ilmu dari guru-guru yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama dan kitab-kitab yang muktabar supaya ilmu-ilmu tersebut memberi manfaat kepada diri saudara di dunia dan di akhirat..

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/
5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/b2e82bfaa5791a6a0025726200396a6d?OpenDocument

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikumna bissalaman warahmatullahhi,wabarahkatuh,ada sesiapa pernah membaca kitab ilmu hakikat insan....

Anonymous said...

Penah Baca Dan faham tidak ada salah bagi org hakikat Dan tidak utk org fekah pendek akal