Wednesday, June 18, 2008

JALAN MALAM KE IBU KOTA


'Dan makanan yang ku makan seperti juga sarapan pagiku di Kuala Lumpur. Roti untuk dijadikan pelengkap utama, dibuat dari gandum yang bukan tumbuh di Malaya. Susu dan gula untuk melengkapi nikmatnya kopi bukan hasil kebangsaan Malaya. Kursi meja dari kayu jati, dulu tumbuh di Siam, atau barangkali di Burma, yang didatangkan ke Malaya atas nama perusahaan kayu Inggeris.'

Itu ayat yang saya petik daripada Jalan Malam Ke Ibu Kota, karya SN ArenaWati. Buku ini pun saya kutip daripada kotak rumah kawan. Penerbitnya ialah Pustaka Chahaya, 42 Jalan Sultan, Brunei, no telefon 697. Ia berharga $3 dan tebalnya pula 208 muka surat.

Pada pengantar Jalan Malam Ke Ibu Kota ini, ArenaWati mencatatkan tarikhnya 25 Mei, 1960, bersamaan 29 Zulkaedah 1379, petang Hari Rabu. Ternyata usia buku ini tua daripada saya.

3 comments:

Anonymous said...

Saya tidak begitu gemar karya-karya Pak Arenawati kerana lenggok bahasanya agak berat. Abdullah Hussein, Azizi dan Shahnon lebih dekat di hati saya sebab gaya bahasa yang mudah. A.Samad Said dalam Salina juga menarik, tetapi novel-novel mutakhirnya saya kira terlalu bombastik.

Adakah sesiapa kawan-kawan di sini yang menyimpan buku Seroja Masih Di Kolam. Jika tidak silap karya Salmi Manja. Saya tak tahu di mana boleh mendapatkan novel itu.

Anonymous said...

Rasa saya Seroja Masih Di Kolam karya Adibah Amin terbitan 1968 dan kalau Salmi Manja pula Hari Mana Bulan.

Nak cari buku ni kalau nak pinjam kat library besar ada rasanya kalau nak beli saya tak pasti. Mungkin ada rakan blogger yang boleh syorkan di mana nak cari.

Sabran

ulasbuku said...

Wah beruntung sdr memiliki buku ini. Ini adalah harta yang tiada nilainya. Buku ini telah diharamkan jualannya oleh Kerajaan Brunei. Boleh jadi novel sdr ini dibeli sebelum perintah haram itu dilaksanakan.

HAKIM

silalah lawat blog saya utk karya Pak Arena Wati.
www.ulasbuku.blogspot.com