Thursday, June 19, 2008

NAK MAKAN DURIAN, BELI DUSUN...


Saya nak berbohong sikit.

Tahukah sahabat-sahabat yang saya sebenarnya dah baca habis kesemua buku di sebelah ni? Jumlah muka suratnya 3,413 halaman. Semua habis. Satu baris pun tak tinggal.

He3x...

Kadang-kadang membeli buku ni boleh diibaratkan macam orang yang makan durian, tapi dia terus beli dusun. Kita juga begitu. Ada masanya, yang nak dicari dan nak dirujuk cuma satu dua benda, akhirnya satu buku yang kita beli.

Buku-buku di sebelah ini adalah sebahagian daripada koleksi buku-buku yang ada 'kena-mengena' dengan komputer dan program-programnya. Sebahagiannya dibeli kerana sebab-sebab yang disebut di atas, beli dusun untuk makan durian. Sedar tak sedar dah bertimbun. Sedar tak sedar ada yang dah tak berapa relevan sebab pantasnya pergerakan dunia perkomputeran ini...

8 comments:

tok dam said...

aku pulak nak makan durian pi rumah kawan yg ada dusun, atau pi dusun yg orang bagi makan free..selalu macam ni saja..koman2 pun kalau tak boleh makan boleh jugak la bau.

sebab tu mai menempek kat sini..beli ada,baca ada, simpan tak dak..kira jenih tak dak dusun la aku ni.

afandi said...

WAH jENABARA, semua baca dari Graphic, OS , bab komputer.Tabik!

AbnormalSuam said...

mahu dia tak baca... asyik duk kena gelak dengan aku ja dulu... Wordstar 6 pun dia tak pass... tapi la nih... aku kena tutup mulut la kalu dia bercakap pasai komputer... sebab dia lagi banyak tahu daripada aku...

afandi said...

wordstar 6 , budak2 la tak tau apa.. masuk 2 disket, satu DOS satu program. Disket pulak besag pinggan..heheh

jeanbara said...

Jangan dengar 'fitnah' abnormualsuam.
Sebenarnya saya bukan tak tau, tapi sebab masa tu saya bos dia, saya nak uji tengok dia tau atau tidak...itu sebab buat-buat tak tau. He3x.

Moral of the story: jangan dengar cakap bos. Kata orang Kedah, 'pi kut mana pun kena kat depa'...

afandi said...

untuk abnormalsuam ynag mengimbau kenangan WORDSTAR 6 (Worstar for DOS), zaman tu DOS Ver.2 ..ini dia LINK yang boleh download

http://www.wordstar.org/wsdos/pages/downloads.htm

Program2 komputer pun macam buku juga, dapat mengimbau kenangan

AbnormalSuam said...

untuk Afandi...

aku masih simpan 'koleksi' Wordstar dari Versi 2 sampai Versi terakhir, 7.0

Bukan sahaja Wordstar, Lotus123, Aldus Pagemaker 4, Windows 3.1 pun ada lagi... sampaikan game gorila baling pisang tu pun masih ada lagi...

Disket besar pinggan tu pun masih ada... cuma tak tahu la boleh pakai lagi ke tidak...

afandi said...

abnormalsuam

boleh email x game gorilla baling pisang tu?, kecik saja kot attach kat email. atau ada x game kucing , saiz kecik jugak..

kena ada drive yg saiz 5.25 inci kot rasanya floppy disk tu..lupa dah, saya pun ada simpan dalam kotak, tah boleh pakai ka dak lagi ..Lotus123,Wordstar6,Dbase...