Sunday, June 15, 2008

KERJA GILA?


Sejak budak-budak saya selalu berasa pelik dengan perangai kaki burung. Sering kelibat mereka kelihatan di sebalik semak samun di belakang rumah. Terhendap-hendap di bawah pokok keriang. Terbongkok-bongkok di tepi pokok cenderai. Kadang-kadang berselubung kepala dengan pelikat lusuh bagi berlindung dari terik matahari.

Saya tak nampak langsung apa perlunya mereka bersusah payah begitu.

Sekarang ini, kalau ada kaki burung yang melihat buku-buku dalam simpanan saya, mereka mungkin mempunyai anggapan yang sama terhadap saya. Atau barangkali juga lebih teruk lagi.

Mereka mungkin tidak akan faham. Samalah sebagaimana saya tidak memahami mereka suatu ketika dahulu.

Di atas, gambar salah sebuah buku kategori rosak teruk yang saya simpan. Ia saya pungut dari kotak yang hendak dibuang di rumah seorang kawan. Buku Malaya In World History yang ditulis oleh Joginder Singh Jessy ini diterbitkan pada tahun 1961 oleh Peninsular Publications, 36, Penang Street, Penang dengan kelulusan Kementerian Pelajaran.

Kalau dikategorikan sebagai pesakit, buku ini menghidap kencing manis, darah tinggi, paru-paru berlubang, untut, kudis buta, kurap dan serba-serbi seumpamanya. Sukar untuk dirawat lagi. Begitu pun saya masih ingin terus menyimpannya...

3 comments:

AbnormalSuam said...

satu cara untuk merawat buku rosak ni adalah dengan menyapu kanji nasi dan dijemur sampai kering di bawah panas matahari atau kalau pandai pakai ketuhar gelombang mikro pun boleh jugak!

Cuma satulah, bahagian yang dah rosak teruk tu, tak boleh buat apa-apalah... hukumnya, pandai-pandai sendirilah... ahaaaaa

afandi said...

wow power juga kanji ni, hai kan dah mahal harga beras ni...

say arasa kalau ada gam yang jenis cair tapi cepat kering seperti Bostik (rupanya macam lilin)sapu dan cepat kering lebih mudah.BOSTIK Handy Glue ..

Azmi Ahmad said...

Sdra JBara..
Saya pun ada memiliki beberapa nashkah buku lama yang saya bawa ke mana saja setiap kali berpindah randah. Antaranya ialah Majalah Pelita Bahasa (Jilid-Januari 1961 hingga Disember 1961), Siri Kursus Bahasa Kebangsaan terbitan DBP (1965)dan buku Sejarah Umat Islam karya Hamka edisi Pustaka Antara yang diterbitkan pada 1965..