Sunday, June 15, 2008

SARAPAN TENGAH MALAM


Sebelum nak keluar dari gelanggang, saya dengan murah hatinya uploadkan gambar majalah Mastika keluaran September 1968. Masa tu kandungan Mastika tak ada la cerita hantu-hantu macam sekarang ni.
Yang menjadi Pengarang Mastika era itu ialah Harun Hassan (Allahyarham - kemudiannya pengasas Amir Enterprise yang menerbitkan Mingguan Wanita dan Keluarga). Antara judul-judul kandungan majalah edisi khas setebal 100 halaman dan berharga $1.00 ini ialah:

Rasuah: Usaha-usaha BPR Untuk Menghapuskannya di Malaysia (Kadir Ahmad) Makanan Semakin Kurang (Ilias Zaidi) Jatuh Bangun Orang-orang Melayu Sejak Merdeka (A. Rahman Rahim) Gerakan Kerjasama di Malaysia (Ali Shariff) Dawud Beureu-Eh Akan Bangun Pimpin Acheh Untuk Berontak? (Subky Hj Latiff) Mengapa Orang Selalu 'Frust (Amir Hamzah Shamsuddin)

8 comments:

Anonymous said...

Bagi saya semenjak Mastika dikomersilkan dengan banyak cerita mengarut saya dah hilang minat. Saya lebih suka yg dulu yg mana ada semasa.

Jika ada majalah Mastika yg lama saya kira 1990 kebawah saya rela baca lagi sekali dari baca yg terkini.

Rasa saya pihak penerbit Mastika dah kumpulkan setiap edisi dalam tahunan kalau tak salah lah.

Sabran

Anonymous said...

Saya tertarik dengan kandungan 'Rasuah dan BPR....' itu. Nampaknya selepas 40 tahun ditulis dan dibincangkan, rasuah dan BPR masih juga menjadi isu besar di Malaysia.

Saya bersetuju dengan Sabran. Mastika patut kembali ke wajah asalnya sebagai diages Melayu.

Azmi Ahmad said...

Sdra JBara...
Selain dari Mastika, turut populer di tahun 60-an dan 70-an ialah Majalah DIAN yang bertulisan jawi. Majalah ini berpengkalan di Kota Bharu dan diterbitkan oleh Allahyarham Dr.Yusof Zaki Yaakob. Kedua-dua majalah Mastika dan Dian menghiasi rak-rak perpustakaan sekolah kita pada tahun-tahun tersebut..

tok dam said...

mastika la ni memang banyak mengarut dari info.. nak buat macam mana..dah ramai orang suka macam tu..

baca gila2 dulu lagi baguih dari baca mastika la ni..dalam gila dan lawak pun sarat dengan kritikan sosial yg menyengat.. baca kat ruangan geromal pun dah boleh mengusik jiwa dan menjentik minda..dulu la..la ni dah tau macam mana jadi.

Anonymous said...

Memang tepat sekali, sejak adanya mastika "baru" saya dah malu nak baca sebab macam orang yang "Otak Melayang" ja baca mastika. macam-macam cerita sampai tak tau mana satu yang betul.

Saudara Jean,
Ada dak reader digest yang cover ceita di Malaysia?

jeanbara said...

Aisya,
Saya nak kena belek-belek dulu. Tapi rasa-rasanya ada. Yang pasti tu, ada satu cover Reader Digest yang menggunakan lukisan sahabat saya Jaafar Taib. Masih ingat lagi, riuh kami satu pejabat waktu itu. Lama dahulu...

Anonymous said...

Saya paling suka baca MASTIKA masa Ratnawati Jamil jadi editor. Masa tu dalam tahun 92-94 ... (saya form 2 masu tu) saya simpan hampir semua keluaran tahun2 ini.

MASTIKA edisi zaman itu banyak membentuk cara saya berfikir, dan hasilnya, BM saya masa SPM cemerlang.

Saya suka sangat baca MASTIKA masa tu. DAN, saya sangat kecewa bila MASTIKA tukar orientasinya seperti sekarang pada akhir 1995 ... sungguh kecewa!

P/s: Sekitar tahun2 itu juga, ada sebuah syarikat yg mengeluarkan Malay digest ala Reader's Digest dengan nama MUTIARA. Saya kumpul semua, tapi kini hanya tinggal satu naskhah sahaja sebab anai-anai tumpang baca sama!

Anonymous said...

Majalah Mastika entah berapa kali dah tukar saiz. seingat saya masa sekolah rendah tahun 1970an, bersaiz seperti yang diupload pic. oleh Jeanbara, selepas tu tahun 80an bersaiz besar, ada fokus isu macam Dewan Pelajar, keluaran DBP.. sesuai untuk Fokus Peperiksaan. Kemudian sehingga sekarang penuh dengan misteri dan cerita2 fiksyen, isu semasa macam Persona dsb.

hehh dah lama baca secara online , majalah keluaran utusan terutamanya.

Nak tanya saudara Jeanbara, Malang Si Malim keluaran GG (CE) ada lagi ka? terbitannya.