Saturday, June 14, 2008

SALAM PEMBUKA GELANGGANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya wujudkan blog ini dengan satu sebab; nak mendedikasikannya untuk saya sendiri dan untuk sahabat-sahabat yang berminat dengan buku. Tak kiralah minat membeli, meminjam atau membacanya. Yang berminat menjual buku pun tak apa. Janji ada kena-mengena dengan buku - dikecualikan buku hutang.

Saya tak mau mengklaskan diri saya sebagai hantu atau ulat buku. Mungkin belum sampai tahap tu. Tetapi sejak kecil, memang ke situlah minat saya. Kalau tak silap, 'buku' pertama saya ialah komik karya Allahyarham Saidin Yahaya, yang dibelikan oleh ayah (semoga Allah mencucuri rahmah ke atasnya) semasa umur saya sekitar enam tahun.

Saya banyak berhabis untuk buku. Waktu senang-senang dulu, bajetnya kadang-kadang melepasi seribu RM sebulan. Setelah ada anak, setelah tanggungjawab bertambah - dan setelah harga buku pun semakin mahal, bajet itu turut berkurang. Perlahan-lahan. Begitu pun ia masih tetap agak besar. Hanya tahun-tahun kebelakangan ini, apabila capaian internet menjadi bertambah baik, bajet itu saya kurangkan dengan ketara. Satu kesan buruk untuk industri penerbitan (Insya Allah, saya akan sentuh mengenai perkara ini pada masa-masa akan datang).

Minat saya tidak hanya menghala pada buku-buku baru. Banyak juga buku-buku lama yang saya kumpul. Dahulu, di Leboh Ampang ada sebuah kedai menjual buku 2nd hand, 3rd hand dan entah berapa hand. Di situlah saya selalu mencari apa yang saya cari. Satu lagi cara, meninjau-ninjau garage sale pada hari Minggu.

Saya percaya ramai lagi kawan rakan di luar sana yang mempunyai minat yang sama. Dengan merekalah saya ingin berkongsi; pengalaman, pandangan dan apa sahaja yang berkaitan dengan minat yang satu ini. Semoga, sedikit sebanyak ia dapat memberikan sesuatu kepada kita; sesuatu yang barangkali hanya difahami oleh kita sesama kita.

Hingga berjumpa lagi...

3 comments:

Anonymous said...

Pak Cik Jean,

Tahniah! Otai buka cerita psai buku, baru kena gaya ..

Emm, bila pak cik jean tulis pasai internet vs. book's publication, saya pun terfikir nak tulis pasai tu.

Buleh kot na? Saya habag la, saya terinspirasi dari pak cik? Canteeek?

Tahniah sekali lagi ...

Anonymous said...

salam
boleh bantu saya untuk terjemahkan pecahan huruf Alif hingga Ya serta maksud kegunaannya atau tuan tahu bjudul bukunya serta dimana boleh dibeli sbb saya telah lama mencarinya atas permintaan seorang guru.

Anonymous said...

bolehkan tuan berikan judul buku yang ade pecahan huruf hijaiyyah serta maksud kegunaannya