Saturday, June 14, 2008

ANTARA KESAYANGAN SAYA...




Ini antara buku kesayangan saya. Tak ingat beli di mana, tapi rasa-rasanya di MPH, Bangsar pada tahun 1990. Diterbitkan oleh Corgy Book, Great Britain pada 1989 (edisi kedua - cetakan pertama pada 1971 dalam bahasa Serbo-Croatian). Setebal 478 muka surat dengan harga RM21.90. Murah kalau dinilai dengan kandungannya yang merupakan kisah benar penderitaan yang dilalui seorang tahanan yang terpenjara selama kira-kira 20 tahun di gurun sejuk Siberia. Buku ini diterjemahkan dalam banyak bahasa dan diterbitkan di banyak tempat di seluruh dunia.

14 comments:

mn said...

Jean,

Nanti aku email kat kau 'buku mimpi' tafsiran no. ekor...boleh masuk ka dalam blog ni...?

jeanbara said...

Boleh...saya aku buat tajuk: 'Buku Kesayangan Su-Kj'. Boleh tak? He3x...melawak saja naa!

AbnormalSuam said...

Buku yang paling aku sayang, adalah buku firasat diri, ditulis oleh Haji apa ntah kat Batu Pahat dan dicetak batu bertarikh 17 Julai 1931... dakwatnya berwarna merah, biru, dan merah... masalahnya, dia punya kulit pecah-pecah dan sangat mudah relai... aku pi hantar ke kedai baik pulih buku-buku lama, suruh member pi ambik... dan dia pun pinjam, sampai la la nih... hampeh tul...

yang kedua, Kifayatul Al-Mubtadi yang disusun oleh Al-Haji Ismail ibn Almarhum Mahmud dari Masjid Ridwan, dan disemak semula oleh Al-Syeikh Al-Haji Mustafa Ibrahim,keluaran tahun 1923 dan pernah digunakan sebagai kitab-kitab fiqh Quran Tajwid Negeri Kedah tahun-tahun 70-an dulu...

Dan kitab-kitab ni semuanya bertulisan jawi... begitu juga dengan naskah tib, sama ada Tajul Muluk dan sebagainya... bertulisan jawi Melayu-Arab...

Novel-novel terawal yang jadi simpanan adalah Hikayat Inderaputera yang aku beli sendiri dengan duit pecah tabung buluh masa aku darjah 6... kali pertama aku terbaca hikayat itu adalah daripada seorang sepupu aku yang bertingkatan enam masa aku balik kampung di Rantau, Negeri Sembilan....

Bagaimanapun, kitab yang paling lama aku simpan dan dihadiahkan oleh guru Quran aku (Allahyarhamah Lang Tipah)pada tahun 1978 adalah Syarah Usul Al-Tahkik yang nama pengarangnya tidaklah tertulis, melainkan disebutkan akan kitab ini bahawa ia diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh 'sesetengah daripada al-ulama as-solihin' di negeri Patani..

Tok wan aku dulu tak berapa bagi aku baca novel banyak sangat,(barangkali masa tu popular sangat novel 'Mona Gersang' kut - ada sapa-sapa yagn masih simpan naskhah asal Mona Gersang ka?) walaupun dialah orang pertama yang beli Gila-Gila keluaran pertama tahun 78 dulu dan selalu beli Bambino dan sebagainya untuk aku, malah turut melanggan Tabloid Mingguan Kanak-Kanak terbitan Karangkraf...

Al-fatihah buat insan-insan yang memperkenalkan kertas bercetak dan dijilidkan, sama ada ianya berbentuk buku, kitab mahupun tabloid dan akhbar kepadaku...

Anonymous said...

salam jeanbara n su-kj

wah dah ada blog buku. baguslah ..

saja nak kongsi info. kat rumah saya berlambak buku, bukan beli pinjam. boleh pinjam sampai sebulan, penuh troli beli belah kalau sekali pinjam. pinjam di library lain pulang di library lain, computerised.setiap anak ada satu library card, boleh pinjam sampai 40 buah buah sorang, selain dari itu boleh pinjam CD,DVD malas nak baca pinjam buku yang boleh bercakap (ada org tolong baca melalui CD)

di luar negara, buku seperti ulam..masyarakat tidak buang masa,, dekat train, bus station, supermarket ..ramai yang pegang buku. bahkan budak muda pun baca buku tak ada yag kacau aweks..kalau x dak apa2 nak baca, baca surat khabar free yg diedarkan setiap hari...

antara buku yg amat nostalgia bagi saya adalah karangan Abdullah HUssein ..tajuk dah lupa agak2nya sebuah perjalanan, tak beli tapi pinjam kawan, banyak sejarah Daerah Yan terungkap dalam buku tersebut kerana pengarangnya berasal dari Sg. Limau Yan.

salam dari rantau

Anonymous said...

oh tambah lagi lah abnormalsuam cerita bab GG ni, dulu naskah keluaran pertama GG masih lagi tersimpan di atas para, rumah di kampong.. entah ada ka dak lagi tak tau. kalau lah masyarakat kita perihatin kepada GG sepertimana buku, alangkah baiknya, minat baca buku ...

terkenang pernah 'menolak' kora yang ditangkap ketika menembak ikan menggunakan senapang macam abnormalsuam cerita, tolak/juai kepada 'Cina yang beli kura-kura' @ cina Kora, duit kora boleh beli 2 keluaran GG masa tu, kalau tak silap seringgit lebih kot,sekog kora ada la seringgit lebih juga...

AbnormalSuam said...

kalau tak salah aku, buku Abdullah Hussein tu bukan ka 'Lepaskan Aku Ke Laut' yang bersekuel tuh?

afandi said...

buku lama lagi, DBP

jeanbara said...

Afandi, abnormalsuam,
Saya rasa buku yang Afandi maksudkan itu, yang dihasilkan oleh SN Abdullah Hussein tu memang Sebuah Perjalanan. Saya memang berkira-kira nak upload gambarnya. Afandi tengoklah nanti, betul ke tidak.

Ya, selamanya kita akan terus cemburu dengan budaya membawa orang lain. Dah tak tahu nak cakap apa dah tentang bab ni. Dialognya akan kedengaran sama sampai bila-bila.

Anonymous said...

Teringat masa aku kecik dulu menanti GG terbit sebab majalah ni aku suka sangat terutama karya Pak Rejabhad dan tabiat membaca ni menyebabkan habis rumah jiran aku almari buku dia aku selongkar baca buku lama termasuk majalah filem (rupanya URTV dah lama wujud).

Selepas habis khatam kat almari rumah jiran aku pergi kat perpustakaan desa dan buku yg aku baca ialah cerita Hardy Boys, Nancy Drew dan Hikayat Seribu Satu Malam maklumlah zaman kanak kanak minat citer penyiasatan.

Tup tup dah cukup satu tahun library desa panggil aku ke majlis rupanya aku dapat hadiah pembaca terbanyak dan depa hadiah buku yg berat juga penulisan politik dari Indonesia.

Lepas tu mula la berjinak buku lain bila dah keluar sekolah hingga la ni. Ingat dah banyak buku baca tapi bila tengok web dan tengok apa orang baca aku masih rasa kerdil lagi dalam bab membaca buku ni.

Aku apa jenih buku pun aku baca tapi aku beli bila semua org dah beli, aku tunggu yg 2nd hand, 3rd hand memang murah la. Cuma ada satu ajer aku risau buku dah banyak beli tapi tak banyak masa nak habis baca.

Jadi buku dok atas meja tunggu dibaca. Buku kesayangan hang tu aku belum baca dan aku dah cari kat internet...aku tengok harga dia murah.

Buku abnormalsuam aku nak kena cari kot kot ada kat kedai atau diterbit semula terutama kalau kedai buku di Indonesia banyak.

Sabran

jeanbara said...

Abnormalsuam,
Lepaskan Aku Ke Laut yang saudara maksudkan tu mungkin 'Lepaskan Kembali Aku Ke Laut', buah tangan Shaari Isa.

Sabran,
Saya pun ada kebimbangan sama seperti saudara; buku dah banyak beli, tak tau bila masa nak baca...Bentuk dan corak kehidupan sekarang semakin menyempitkan ruang kita untuk duduk menghadap buku. Itu realitinya.

AbnormalSuam said...

hehehe... sorry lerr... aku bab nama pengarang, selalu fail... lagipun novel-novel melayu ni aku baca banyak yang jenis novel hantu dan misteri... Tapi yang tak boleh diingat adalah 'perdebatan' aku dengan 'abang' aku, Adi Alhadi tentang Panglima Awan yang penulisnya adalah Samad Ahmad (maaflah kalau tak tepat lagi)... aku kata Panglima Awang atau Henry The Black wujud, dia kata khayalan penulis tu saja...

maksud aku di sini, generasi yang rata-rata mendapat pengetahuan dari buku dan kitab manakala internet adalah dinosaur jurrasic, mempunyai daya ilusi dan kadangkala melampau dalam sesuatu hal...

Apatah lagi sampai sekarang, buku masih lagi dianggap barang tidak perlu di kalangan kita.

jeanbara said...

abnormalsuam,
Saya diberitahu oleh orang yang dimaksudkan, pertengkaran saudara dengan dia ketika itu berkisar tentang cerita dalam buku Panglima Awang. Penulisnya Harun Aminurrashid, bukan A. Samad Ahmad.
Cerita itu memang fiksyen sejarah. nama Panglima Awang juga watak ciptaan pengarangnya. Tiada siapa tahu nama sebenar Henry the Black, yang disebut juga Enrique, Henrich, Alberto dan Espinosa.
Karya-karya Harun, bersesuaian dengan sifatnya sebagai seorang nasionalis memang cenderung pada usaha membangkitkan semangat anak bangsanya. Seperti Melur Di Kuala Lumpur, Harun meninggalkan Panglima Awang dengan nilai yang amat tinggi.

Canser vs B17 said...

Buku yang masih tersimpan rapi untuk panduan anak2 jantan saya nak menikah nanti ialah "Permata Yang Hilang" dan "Hakikat Insan"

Yang ni ramai kawan2 nak pinjam, dan saya sanggup mintak duit kat depa kalau berminat sangat untuk photostat, tak buat untung pun, cuma kos photostat saja.

Nak pinjam sorry......susah nak dapat wooooo....

Anonymous said...

Saudara jean, mana nak dapatkan buku2 lama ni?