Friday, June 27, 2008

MAN TOBA KEMBALI KE RAHMATULLAH

Jurugambar terkenal, Mantoba telah kembali ke Rahmatullah pada kira-kira pukul 5.30 petang tadi di kampungnya di Slim River, Perak. Allahyarham dipercayai diserang penyakit jantung.

Sepanjang kariernya, Allahyarham menjadi antara nama yang sangat disegani dalam bidang fotografi, khususnya sepanjang dekad 1980-an dan 1990-an. Beliau bagaimana pun kemudiannya beralih ke dunia hiburan dengan menjadi orang penting di sebuah syarikat rakaman. Allahyarham juga merupakan salah seorang penulis lirik yang prolifik.

Kepada sahabat-sahabat yang mengenali beliau, walaupun sekadar nama, marilah kita sama-sama bermohon agar roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

2 comments:

Anonymous said...

Ya Allah, alfatihah to him.Patutla tak ada komennya lagi dalam depa-kata.
Walaupun saya tak kenal arwah,tapi membaca tulisannya, saya tahu arwah menggunakan akal dalam menulis.

awang jendarata said...

Semoga allah mencucurkan rahmatnya ke atas roh allahyarham.Alfatihah...

Saya baru tahu hari ini 80809

Awang Jendarata