Sunday, June 15, 2008

YANG INI PUN SAYA SUKA...


Buku yang dihasilkan oleh Cleo Odzer, seorang ahli antropologi Amerika Syarikat ini merupakan antara buku yang saya suka. Saya tidak pernah mengenali Patpong, selain melalui berita/rencana mengenainya. Tetapi membaca buku ini menyebabkan saya mendapat gambaran yang cukup jelas mengenai 'neraka yang disangka syurga' itu.

Odzer menghabiskan masa tiga tahun mengkaji dan mendalami kehidupan wanita-wanita di Patpong. Dia malah mengikut mereka balik ke kampung halaman untuk mengenali latar kehidupan wanita-wanita tersebut. Cara penulisannya juga mudah, menarik dan mengandungi elemen penceritaan yang baik.

Ada sedikit catatannya yang menarik, apabila dia membandingkan kemakmuran Malaysia (ketika itu - sekitar penghujung 1980-an) dengan kedhaifan di seberang sempadan.

Maklumat buku:
Penulis: Cleo Odzer
Penerbit: Arcade Publishing & Blue Moon Books, New York
Tahun penerbitan: 1994
Kandungan: 312 ms (termasuk bibliografi)
Harga: RM37.90 (1995...sekarang tak tau la)

10 comments:

tok dam said...

tengok buku dan komentar jeanbara pasai buku patpong ni..teringat jugak cerita A Samad Said dalam memoir dia sewaktu mula2 jadi wartawan kat pulau singapura dulu tu..cerita dia di'ajaq' oleh Pak Rahim Kajai..

apa khabaq la ni Tan Sri? mintak maaf la tanya..lupa dan leka serta jahil sungguh ni..masih hidup lagi ka Tan Sri kebanggaan aku ni?

tok dam said...

mintak maaf lagi sekali..Tan Sri A samad Ismail..dok ingat politik sangat la ni, sampai lupa habih yg dok minat dulu2 tu.

Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

Minta tolong Jeanbara kut-kut tahu mana boleh dapat buku berikut:

Tajuk : SPY CATCHER

Buku dari UK menceritakan konspirasi badan perisikan UK iaitu MI-6 (klu tak silap)

Dulu ada tapi lepas banjir besar di Jitra, hancur buku tu.

Kalau-kalau dapat tahu sumber, bolehlah saya pergi beli semula.

Sekian.

-SANG TUBA-

jeanbara said...

samlgk,

InsyaAllah, kalau ada ruang dan terjenguk ke mana-mana kedai, saya boleh tolong belikan dulu. Tetapi dalam soal ke kedai buku, saya rasa abnormalsuam, jauh lebih rajin. Saya sering menghadapi kekakangan waktu berbanding dengan dia.

Apa pun, saya akan usahakan.

AbnormalSuam said...

Insya-Allah, aku balik dari Keluang ke KL nanti, aku pi cari buku yang dihajatkan tuh...

Sekurang-kurangnya, kalu dalam hal politik kita boleh berkahak sampai ke ubun-ubun, biarlah dengan buku, kita dapat mengeratkan ukhwah dan silaturrahim... yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapat-rapatkan...

tok dam said...

dah pi google..dan tengok beberapa nama penulis kegemaran semuanya umoq panjang belaka..mmm, ni kot rahsia umoq panjang depa..membaca, memikir dan menulis .

kebetulan pulak A Samad Said, Pak Arena Wati dan Tun lahir tahun yg sama 1925, dan ketiga-tiga mereka masih bersama2 dengan kita didunia ini. Aruah Pak Hamka(1908-1981) dan Pak Sako(1909-1991) pun Allah kurniakan usia yg panjang kat depa..kalau la orang boleh highligt bab ni..semua orang nanti pakat baca dan tulih buku lepaih ni..

teringat jugak pertentangan peribadi antara Pak Arena Wati dengan Pak Hamka dalam Enda Gulingku.. memang realiti kehidupan tak seideal dalam tulisan.

jeanbara said...

tokdam,

Saya tertarik juga dengan ‘soalan’ yang saudara timbulkan. Tentang umur yang panjang.
Sebenarnya saya pernah ditanya begini banyak kali, oleh banyak orang, ‘hang perasan dak umur penulis semua panjang-panjang?’

Ada betulnya. Kita ambil conton penulis-penulis luar. Legenda Rusia, Leo Tolstoy lahir pada 1828 dan meninggal dunia 82 tahun kemudian. Ratu cerita-cerita thriller, Agatha Christie meninggal semasa berumur 76 tahun. Novelis dan pengkritik Alfonso Karr semasa usianya 82 tahun. A.I. Rowe, penulis sejarah British semasa berumur 94 tahun. Pengarang novel The Water Gypsies, A.P. Herbert pun selepas melepasi 80 tahun. Begitu juga dengan Alfred Hitchcock. H.G. Well juga meninggal semasa berusia 80 tahun.

Tetapi jangan lupa, ada yang mati muda. Contohnya, Chairil Anwar, Franz Kafka dan Scott Fitgerald. Yang mati bunuh diri macam Ernest Hemingway pun ada…

Pokok pangkalnya, semua itu urusan Allah Ta’ala…

AbnormalSuam said...

dan jangan lupa jugak penulis yang berjaya menerbitkan satu agama teknologi moden yang digelar Scientology dan umatnya terdiri daripada selebriti-selebriti Hollywood... Ron Hubbard yang antara bukunya, Battlefields on Earth yang tebalnya hampir 2 ribu muka surat... aku beli masa pameran buku antarabangsa KL di gerai Pustaka Antara dengan harga empat ringgit saja...

atau tulisan Anton Szandor LaVey, The Satanic Bible (aku tak pasti boleh dapat ke tidak kat pasaran bebas di Malaysia ni sebab aku dapat daripada seorang kawan di Macomb, Illinois USA) yang menerbitkan aliran Satanisme yang sekarang ini menjadi ikutan anak-anak muda Melayu yang berfikiran kosong.

Anonymous said...

Buku ini antara lain menceritakan bagaimana salah seorang Patpong Sisters, Sumalee (Islam) berkahwin dengan kekasihnya, Shlomo pemuda Israel.
..."He said he only became Muslim for the ceremony. Actually to live in Israel, Sumalee will probably have to become Jewish."
"Really?" I laughed. "Not only Sumalee. Now Shlomo will have to convert to Judaism too."...

Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

Saya ni nak kata gemar membaca tu tidak ler, tapi kalau dok menunggu feri atau flight boleh ler join mat salleh membaca.

Paling tidak pun akhbar tepai selalu di dalam beg sentiasa ada buku samada cerpen ke, ilmiah ke etc...

Sekarang ni, koleksi buku dah nak masuk kategori mini library. Bukan apa, nak buat rujukan senang. Anak-anak nanti ni pun harap akan turut minat membaca & dapat improve english.

Kalaulah dapat, bolehlah diinfokan kepada e-mail saya.

Sekian, terima kasih sekali lagi.