Saturday, June 14, 2008

BUKU APA YANG SAYA BACA?


Saya bukanlah penggemar novel. Banyak kawan rakan tak berapa percaya dengan kenyataan ini. Tetapi itulah hakikatnya. Novel terakhir yang saya baca ialah Hujan Pagi, karya SN Datuk A. Samad Said. Itu pun lama dahulu.

Tetapi jangan tersilap. Itu sekarang. Pada masa yang lain, lama dahulu, saya pernah menggilai novel macam orang lain. Saya habiskan Biru Warna karya Awang Had Salleh semasa masih di sekolah rendah. Dalam darjah tiga atau empat. Menyusul selepas itu ialah Interlok karya Abdullah Hussein (dan itu yang menjadi punca 'pengikat' saya pada tulisan-tulisan Pak Lah).
Sukar dinafikan bahawa minat kita berubah mengikut zaman. Saya bermula semasa berumur sekitar enam tahun, dengan komik, dan majalah hiburan (Saya tak ingat judulnya, tetapi di dalamnya ada lirik lagu 'Salam Mesra' nyanyi A. Halim. Itulah lirik pertama yang saya hafal. Lagu itu juga selalu saya nyanyikan di depan kelas bila disuruh oleh guru).

Tanpa meninggalkan komik dan majalah hiburan, saya bergerak pada buku-buku cerita. Paling berkesan dalam diri saya sampai sekarang ialah buku 'Aku Di Sebuah Pulau' terbitan DBP (cetakan pertama 1957 dan diulang cetak pada 1963, 1965, 1971 dan 1973). Ia sebenarnya merupakan antolongi cerita pendek untuk kanak-kanak. 'Aku Di Sebuah Pulau' adalah tajuk salah sebuah daripada ceritanya dan ia ditulis oleh Md Sariff Fakeh.

Kali pertama membacanya, saya pinjam daripada perpustakaan. Waktu itu masih di sekolah rendah. Judul buku itu mengekori saya selama bertahun-tahun dan kira-kira 20 tahun lalu, saya berjaya membeli 'semula' edisi kedua naskah itu (cetakan 1985).

Ego budak-budak mendorong saya mendekati novel pada usia yang masih sangat muda. Bukan apa, asalnya nak tunjuk eksyen pada kawan-kawan yang kita mampu baca buku tebal-tebal. Ia kemudian berjangkit dan meleret menjadi ketagih.

Mungkin pendedahan yang terlalu awal itulah menyebabkan minat terhadap novel juga menjadi cepat pudar. Saya perlahan-lahan beralih pada bacaan-bacaan yang lebih serius, dan saya kira ini proses biasa yang dilalui oleh kebanyakan orang.

Sekarang ini saya tak tahu buku apa yang paling saya minati. Seperti kata abnormalsuam dalam blognya, saya juga membaca segala jenis buku. Tetapi yang sering menyebabkan saya jarang tidur malam ialah buku-buku yang ada unsur keagamaan, sejarah, politik dan budaya.
Satu lagi, saya juga banyak membaca buku-buku 'self improvement'. Punya banyak membacanya sehingga tak ada masa nak improvekan diri sendiri...

9 comments:

AbnormalSuam said...

hehehe... maaflah...

Satu-satunya novel Samad Said yang boleh aku baca hanyalah Salina... tu pun sampai tang Salina kena belasah ngan kekasih dia, Fatah di rumah yang layaknya kelas kambing... sampai tang tu saja...

Hujan Pagi? Maksimumnya aku mampu baca, lima helai muka surat... lepas tu, aku soheh tidur... dan sampai sekarang (dah dekat 18 tahun dah) Hujan Pagi tak habis-habis lagi aku baca.

Begitu juga dengan karya-karya Abdullah Hussein... Usman Awang, Kerismas...

Berbeza pula dengan Iakah Salmah, karya Rashid Talu atau Faridah Hanum karya Syed Syeikh Alhadi yang boleh aku selesaikan pembacaannya dalam tempoh dua jam walaupun dia punya ayat... pehhhh... mengalahkan baca surat Temenggong Abu Bakar mengajak Stamford Raffles makan tengah hari di istananya...

tapi kalu karya-karya terawal Azizi, Shahnon terutama Srengenge atau Ranjau Sepanjang Jalan, memang aku membaca sambil makan, sambil berak...

Cuma satu lah yang terus melekat kat aku sekarang... aku akan ke mana-mana dengan sebuah beg galas... di dalam beg galas itu sekurang-kurangnya musti ada sebuah buku baru... tak kiralah buku lama yang baru nak baca ka atau buku yang baru aku beli... minat terhadap novel dah makin menurun, sebaliknya pembacaan lebih tertumpu kepada pembacaan serius... tapi tak macam Jeanbaralah... aku tak boleh baca buku-buku motivasi sebab aku rasa penulisnya hipokrit... setiap kali aku baca buku motivasi saja, aku akan ternampak muka Hassan Ali... tu yang jadi tak minat sangat-sangat tuh....

Anonymous said...

abnormalsuam,

Saya pun dulu kadang-kadang ada juga penyakit 'tengok penulisnya dulu sebelum tengok buku'. Barangkali itu sifat kita, manusia, secara semula jadi. Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba lawan perasaan itu. Saya takut kalau terlalu menilai pemandu, akhirnya tak ada bas yang boleh kita naiki.

Kalau buku-buku motivasi, saya lebih suka pada hasil kerja penulis-penulis lama; Napoleon Hill, Dale Carnegie dan mereka yang sezaman. Saya rasa mereka sedikit ikhlas berbanding penulis-penulis yang hanya tahu mengajar bagaimana hendak buat duit dengan cepat.

Tetapi saya ulangi; kerana terlalu banyak membaca buku-buku self-improvement; saya tak 'improve-improve' sampai sekarang...

AbnormalSuam said...

sebut pasai buku motivasi nih, aku teringatkan sebuah buku berkertas bulky saiz kajang, bercoverkan susunan gambar-gambar duit Amerika, Pound Sterling dan sebagainya... dan tajuknya, "Bagaimana Menjadi Kaya"...

Nilah buku motivasi pertama yang aku baca (sebab aku minat tang gambar duit tu) dan aku rasa tertipu sangat-sangat sebab dia bagi nasihat yang biasa dibagi oleh tokwan aku yang buta huruf... tu tahun 1979 tuh... tapi katanya, buku tu antara buku yang paling laris... siap bagi kaset ngan pemain kaset yang kena dibaringkan dan kompot jer rupanya... kalu tak salah ada lapan kaset kut yang disertakan kepada sesiapa yang beli buku tuh...

Azmi Ahmad said...

Saudara JB...
Sekarang saya sedang membaca dua buah buku memoir hasil karya dua penulis angkatan 60-an Malaysia iaitu :
1. Kassim Ahmad - Mencari Jalan Pulang (daripada sosilisme kepada islam)
2. Anis Sabirin - Dua Dunia

Canser vs B17 said...

Salam Bro,

Buku apa yang saya baca, kalau novel "Ranjau Sepanjang Jalan" karya Shahnon, "Isabella" tak ingat karya sapa pasai pinjam kawan punya.

Cerita hantu pulak masa zaman kanyiaq dulu buku "Bercakap dengan Jin" karya Tamar Jalis minat sungguh selagi ada bersambung siri selagi tu beli, la ni tak tau pi mana dah, pasai banyak tangan yang meminjamnya.

Buku agama pulak, yang melekat ada la dua tiga buah dari Dato Harun Din dan dua tiga tokoh ugama, maaf tak ingat nama, dan yang dah khatam karya Tok Kenali "Hakikat Insan".

Pendedahan masa kecik-kecik sekolah rendah dengan buku-buku ni banyak baca Gila-Gila, variasari dan yang merapu-merapu sajalah, la ni tak tau lah dah tak berminat lagi dengan buku jenis ni, mungkin kerana peredaran masa dan umur kot.

Sekarang dan terkini tengah dok baca buku " Cara Bisnes Orang Korea" dan "Cara Bisnes Orang Jepun" karya Ann Wan Seng. Masih dok cari lagi buku "Cara Bisnes Orang Cina" yang mana dah sold-out, dah pesan di beberapa buah kedai buku siap tinggalkan phone number, sampai la ni tak dak lagi.

Attitude membaca pula, kalau boleh perabih dalam satu malam mesti perabih punya, tak tidoq pun tak pa, kalau kena dengan minat la. kalau tak kena dengan minat kira-kira macam saudara abnormalsuam la, buku kemana saya pun kemana-mana la...

AbnormalSuam said...

Sdr Johar...

Hakikat Insan karya Tok Kenali tu yang bertulisan rumi atau jawi? Hakikat Insan ini ada tiga jenis... yang paling terkenal dan kerap diusung ke sana sini sama ada oleh Jakim untuk menerangkan kenapa pegangan WahdatulWujud atau orang yang nak bagitahu dia peminat Ibn Arabi dan Al-Hallaj adalah karya Ahmad Laksamana. Dah diharamkan oleh JAKIM pun.

Aku pernah dengar tentang Hakikat Insan karya Tok Kenali tapi tak pernah pula nampak naskhahnya... tapi kalu kau nak tukar tukar suka sama suka (photostat ler) Kasyafur Asrar (juga diharamkan JAKIM) dengan aku, boleh saja... Aku punya kasyafur asrar naskhah jawi...

sedap membaca jawi lama nih... bila baca saja, terus teringat balik zaman aku kecik-kecik dulu... kehkehkehkeh...

jangan bagi aku jawi versi Pak Matlob yang sekarang digunapakai, mampus aku nak kena mengeja balik... rupa-rupanya huruf wau pun dah ada wau titik...

Anonymous said...

Ye, saya setuju en. abnormalsuam ..

Jawi la ni sungguh mengelirukan. Kawan saya org johor - dia kata, nama dia dulu eja lain. La ni, kalau dia eja nama dia kat anak dia, anak dia kata: Salah la mama, bukan macam tu....

Sebab jawi, nama pun berubah eja.

Saya la ni pun, baca jawi pun kona balik tahap merangkak ... ala2 batang "tujuh lapis bumi" sebagai "tijah lepas bom" :p

Anonymous said...

aaah,abnormalsuam
Hikayat Faridah Hanum cerita berkaitan emansipasi wanita berkisar dari kritikan sosial ..ada tajuk lain kan ? " Setia Asyik kepada Mahsyuk", perlukisan syair indah ketika malam pertama Faridah dengan Syafik Affandi itulah yang selalu dibincangkan oleh Cikgu sastera ketika Form Six dulu..pengaruh buku yang dikarang oleh Tokoh Kaum Muda .. Syed Syeikh Al-Hadi (macam sdr. Adi Alhadi pulak namanya..) cukup kuat, ramai ibubapa memberi nama Faridah Hanum kepada anak-anak perempuan mereka, bukan setakat Pennag bahkan seluruh Malaya..Syed syeikh juga disebut modenist-reformist kerana keluar dari idea penulisan lama.

banyak lagi catatan-catatan penulis dulu yang begitu ummmph! dibaca pada masa sekarang, SATIRA KAJAI, biasanya penuh dengan kritikan sosial yang banyak pengajarannya. dulu kalau sebut bab kritikan sosial mesti dapat markah baik dalam exam..karya cerpen yang hebat.. seperti "Kalau Tuhan Menolong Telur Pun Jadi intan",

AbnormalSuam said...

yang paling orang tak sedar ialah, terdapat elemen-elemen Wahabi/Salafi atau kritikan terhadap Kaum Tua dalam novel karangan Syed Syeikh Al-Hadi tu. Cuma satulah, Kaum Muda (jangan samakan dengan golongan Turki Muda yang termasuk di dalamnya Tun Dr.Mahathir)

Dan Kaum Muda pada zaman Syed Syeikh Al-Hadi pula tidak sama dengan kaum Wahabi yang totok dengan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, sebaliknya menerapkan pemikiran Syeikh Albani yang lebih lembut pendekatannya...