Sunday, June 15, 2008

DIAN



Komen Sdr Azmi Ahmad di bawah posting saya 'Sarapan Tengah Malam' ada menyebut tentang majalah Dian. Ya, majalah itu menjadi diages popular pada zaman saya budak-budak dulu. Saya ada menyimpan beberapa naskah Dian, yang dibeli secara pukal dari seseorang. Saya pilih satu (bil:36, 1970) dan saya paparkan cover dan back covernya untuk tatapan, terutama adik-adik kita yang tak berkesempatan melihat majalah yang diterbitkan oleh Syarikat Dian Sdn Bhd, Kota Bharu, Kelantan itu.

10 comments:

tok dam said...

nak tanya kat jean atau kat kawan2 yg kaki buku kat sini..

betoi ka kata orang mutu penulisan karyawan kita mutakhir ni dah sangat menurun? ala macam kualiti mastika dan majalah2 la ni la.. novel dan karya hebat pun dah lama tak dengaq...kalau betoi pasai apa jadi lagu ni ha?

aku ni minat buku autobiografi atau yg bersangkut paut dengan riwayat hidup ni..hangpa boleh rekomen satu buku yg baguih untuk aku beli? yg bahasa melayu la..bahasa orang putih aku cuma boleh telan..tak boleh nak hadam.

jeanbara said...

tok dam,
Secara peribadi saya berpendapat, ada benarnya tanggapan bahawa mutu penulisan kita semakin menurun. Ia begitu ketara selepas era 1990-an. Keadaan diburukkan lagi selepas tahun 2000-an.

Sebabnya banyak. Pertama, puncanya ialah perlumbaan untuk hidup dan tuntutan komersial yang tidak dikekang. Di mana-mana, muncul penerbit yang kerjanya hanya mencari untung. Dia mungkin sukar mendapat khidmat penulis yang baik kerana masalah kadar bayaran. Tetapi ruang itu akan segera diisi oleh kumpulan 'asal tulis, asal jadi' yang menganga menanti di mana-mana. Mereka yang diberi kacang ini pun akhirnya memberikan apa yang sepatutnya. Yang padan dengan nilai kacang itu.

Teknologi juga menjadi satu sebab. Dulu, untuk menjadi penulis, apa lagi penerbit, banyak liku yang perlu anda lalui. Kadang-kadang macam budak-budak sekolah. Hasil tulisan terpaksa dibedah berkali-kali. Untuk menjadi pengarang, apa lagi ketua pengarang, banyak takah yang anda harus lalui. Sekarang, susah-susah jadi penerbit sendiri. Kutip apa yang ada di internet. Layoutnya juga boleh buat sendiri. Kemudian bubuh sajalah jawatannya; Ketua Kepada Segala Ketua Pengarang pun tak apa.

Semua ini sebenarnya tidak membantu dalam proses peningkatan kualiti penulisan, walaupun ia membantu membuka banyak ruang cari makan.

Tentang biografi atau autobiografi, cuma cari Memoir Samsiah Fakeh dan Rashid Maidin, ia menarik untuk dibaca. Meniti Gelombang oleh Said Zahari pun cukup menarik. Di Malaysia ini, yang uniknya, kebanyakan buku begini cenderung merakamkan pengalaman 'orang-orang kiri'.

Sahabat kita Azmi Ahmad sedang membaca memoir Kasim Ahmad dan Anis Sabirin. Saya belum membaca kedua-duanya, jadi tak beranilah nak kata apa-apa.

Salam

AbnormalSuam said...

tok dam

bagi aku, terpulang pada bahagian mana yang diperkatakanlah... kalau mengatakan mutu penulisan secara umum telah menurun, aku rasa tidak tepatlah... tetapi kalau dikatakan, mutu penulisan novel sama ada genre kanak-kanak, remaja atau kreatif, mungkin ada asasnya.

kekangan kewangan dan permintaan yang tinggi daripada pasaran penerbitan, membuatkan ramai penulis yang muncul untuk turut sama memahat nama di persada kesusasteraan negara ini. Maka tidak hairanlah, bersepah-sepah tajuk novel diterbitkan dan pelbagai nama yang boleh kita tengok. Cuma satu saja yang tidak boleh kita tolak... biar sebanyak mana pun tajuk yang diterbitkan, penulis dan penerbitnya (bahkan editornya) tidak dapat lari daripada tema percintaan.

Kerja-kerja menulis di Malaysia ini sekadar menarik perhatian untuk dijadikan pendapatan sampingan semata-mata. Untuk mencari penulis yang benar-benar bergiat sepenuh masa dengan penulisan dan hidupnya hanya bergantung kepada manuskrip yang mampu dijualnya di Malaysia ini, sangat susah.

Anehnya, golongan yang tidak bergantung hidup pada dunia penulisan inilah yang paling banyak mengeluarkan bicara tentang apa yang patut dihasilkan dan ke mana hala tuju bahan tulisan berkenaan. Bak kata seorang sahabat di Pasar Seni, 'Bersyair bersajak tentang penderitaan tukang kasut, sedangkan dia sendiri menaip cerita dari dalam biliknya yang berhawa dingin tanpa keluar-keluar....'

Secara peribadi, aku sebenarnya menyokong pengubahsuaian Mastika ke bentuk yang ada sekarang ini. Tak kisahlah kalau ada orang nak kata, aku dari kalangan orang yang 'berotak melayang'. Apatah lagi aku memang meminati genre seram, misteri dan enigma. Dan ini mengingatkan aku kepada perkataan 'picisan' itu sendiri.... ahaaaa...

Tok Dam...

Seperti yang disyorkan oleh Sdr. Jeanbara, saya juga ingin mengesyorkan memoir dari golongan kiri seperti Chin Peng dan Lee Kuan Yew.... (hehehe, sorry, tajuk sudah lupa).

Tertarik dengan cerita Lee Kuan Yew ketika peristiwa pemisahan Singapura dari Malaysia dan kekecewaan serta dendamnya terhadap perbuatan Tunku yang dikatakannya bertindak secara bersendirian...

Azmi Ahmad said...

Sdra JBara..
Pengalaman atau memoir 'orang-orang kiri' juga amat menarik untuk dibaca. Banyak cerita mereka diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre (SIRD, P.Jaya.

Selain itu pengalaman Tajudin Saman (Dari Kodiang ke Jalan Riong) dan Kalam Hamidi (Fatamorgana) juga amat me'ralit'kan bila mula dibaca..

jeanbara said...

Saya berasa bertanggungjawab memberikan pendapat mengenai tanggapan 'susahnya hidup menjadi penulis sepenuh masa di Malaysia', seperti yang boleh dirumus dalam komen abnormalsuam.

Ada benarnya, dan ada juga tidaknya.

Sama seperti profesyen lain, menulis juga ada panas hujannya, ada pasang surutnya. Saya berpendapat, tidak ada apa pun dalam dunia ini yang mudah, APATAH lagi kalau kita bersikap ambil mudah.

Apa pun yang dibuat, kita perlukan lebih daripada kerajinan dan kemahuan.

Saya akan cuba menulis panjang tentang ini kerana secara langsung, ia menyentuh karier pilihan saya.

Azmi,
Saya juga membaca kedua-dua buku itu, dan kedua-duanya memang menarik.

Saya sekarang sedang berusaha mendapatkan kembali dua buku catatan pengalaman, 1) From Pnom Penh to Paradise dan 2) Againts All Hope. Dua-dua ni dulu dipinjamkan kepada seorang kawan; dia masih ada, buku itu juga saya tengok masih ada di raknya, tetapi tak sampai hati nak minta balik.

Anonymous said...

Salam,
Majalah Dian ni dalam tulisan Jawi atau Rumi? Nampak macam Jawi je.

tok dam said...

dah beli dah buku memoir lee kuan yew bahagian pertama tu..

bahagian kedua tak sedaq bila keluaq..ada deterjemahkan ke bahasa melayu ka?

Anonymous said...

Bagi saya novel atau cerita terutama remaja la ni yang paling saya suka ialah gambar kulit depannya yang cantik terutama lukisan dan keluaran Creative Enterprise tapi isi dalam memang lah sarat kisah cinta.

Nak kata mutu turun atau naik itu tengok sapa pembacanya. Kalau banyak sangat buku dari pembaca memang la kurang sesuai.

Nak kata orang kita dok suka citer khayal...memang lumrah insan. Malah di negara maju pun contohnya Harry Potter JP Rowling boleh jadi jutawan.

Selamat membaca semua.

Sabran

AbnormalSuam said...

tok dam...

ahaaaa... sorry... aku terlupa yang hang 'anti' bahasa inggeris... tak tahu plak aku ada versi bahasa melayu... sebab dua-duanya aku beli dalam bahasa inggeris

admin said...

assalammualaikum, saya ingin bertanya, DIAN... Majalah Dian.. apakah makna DIAN? Adakah bahasa lama? atau dalam bahasa sekarang dian bermaksud "cahaya lilin" jadi adakah majalah tu bermaksud "majalah cahaya"?. saya betul2 nak faham apa makna dian itu..