
Emel yang sama panjang dengan padang bola ini saya terima daripada abnormalsuam. Menarik kandungannya, menarik juga apa yang diketengahkan.
abnormalsuam juga menghantar dua imej gambar yang berkaitan. Tetapi saya mampu muatkan satu saja. Tak kuasa la nak download sebab saiz failnya...mak oi, kalau diibaratkan perempuan, dah tentu termasuk kategori yang kalau duit syiling jauh ke lantai, dia payah nak tunduk ambik. (Jangan marah yang adik-adik dan kakak-kakak yang menjengah ke blog ni. Bergurau aje ni).
Okay, sekarang persilakan membaca emel kawan kita ni:
Antara kitab perubatan Melayu yang paling banyak diperkatakan sama ada menerusi karya-karya klasik seperti Hikayat Melayu dan Hikayat Hang Tuah mahupun di kalangan golongan yang memburu ilmu hikmah Melayu adalah Tajuk Muluk dan Kitab Thoiyibil Ihsaani fi Thibbil Insaan (Ilmu Perubatan). Berbanding Kitab Ilmu Perubatan, Tajul Muluk adalah lebih lama dan dikatakan menjadi ilmu kitab-kitab perubatan Melayu yang lain. Kitab ini mengandungi 134 sohifah atau bab yang merangkumi segala perkara, sama ada daripada gerak pada tubuh, mendirikan rumah, membuka tanah, mimpi, perubatan lelaki, peredaran air mani wanita, mengalahkan musuh dan sebagainya. Kitab ini sebenarnya dikatakan diadaptasi daripada sebuah kitab lain yang berasal dari Parsi dan telah di'Islam'kan dengan kemasukan elemen-elemen Islam. Kitab ini ditulis (semula) pada zaman sultan Acheh yang bernama Sultan Mansur Billah Shah ibni Al-Sultan Jauhar Al-Alam Shah. Pada bahagian akhir kitab tersebut, dinyatakan bahawa kitab ini telah selesai diterjemahkan oleh Faqir Tuan Haji Wan Hassan ibn Sheikh Tuan Ishak Fatani pada hari Jumaat pada waktu Dhuha enam likur haribulan Muharram pada hijrah Nabi seribu dua ratus empat puluh sembilan di dalam negeri Makkah. Mungkin kebanyakan generasi sekarang, sukar untuk membaca kitab ini walaupun ianya banyak terjual memandangkan bahasa yang digunakan merupakan bahasa Melayu lama bercampur Arab. Malah istilah-istilah yang digunakan adakalanya mendangkalkan fikiran kita, seperti kamkuha dan sebagainya. Malahan ejaan untuk ayam pula apabila dibaca berbunyi hayam, sekaligus menunjukkan pengaruh dialek banjar di dalamnya. Satu lagi kitab perubatan yang terkenal adalah Kitab Thoiyibil Ihsaani fi Thibbil Insaan (Ilmu Perubatan). Kitab ini ditulis oleh Wan Ahmad bin Muhammad Zin bin Mustaffa Al-Fatani dan selesai penulisannya pada bulan Safar tahun 1333 Hijrah. Kitab ini lebih mudah bahasanya tetapi lebih nipis dengan 43 sohifah atau bab sahaja. Bagaimanapun, kitab ini sama seperti tajuknya, lebih banyak menjurus kepada perubatan seperti 'Pada fasal yang pertama; pada barang yang jadi penyakit daripadanya dan barang yang bergantung dengan demikian itu... Suatu ketika dahulu, barangsiapa yang berhajat sangat nak jadi doktor tradisional (bomoh la tuh), penguasaan Tajul Muluk - sama ada dibaca atau dihafal - memang perlu. Malah, dikatakan juga, sesiapa yang menyimpan kitab ini dan dijadikan rujukan, seringkali mendapat penghormatan di kalangan penduduk kampung. Sebenarnya ada lain-lain kitab perubatan yang lebih ekstrem yang bercampur aduk antara agama (ilmu hakikat) dengan perubatan, malah termasuk juga di dalamnya jampi serapah mahupun hizib dan sebagainya seperti Kitab Pati Rahsia yang dikaitkan penulisannya dengan Paduka Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud dan sebagainya... Sayangnya, kitab-kitab ini semakin lenyap dan tidak lagi mendapat perhatian, mahupun kajian daripada pihak yang sepatutnya. Mungkin memandangkan ia datang dari zaman silam, bermakna ia adalah kuno dan ketinggalan. Barangkali kesilapan kita ialah memandang mudah akan kecendekiawan orang Melayu sendiri yang sudah pun menemui penawar demam malaria atau demam kura dengan penggunaan pati kulit batang pokok kuinin sebelum 'orang putih' mempatenkannya sebagai penemuan barat awal abad ke-20. Malah ketiadaan bomoh-bomoh yang benar-benar menjalankan peranan sebagai doktor tradisional yang bukan bermodalkan air liur, hembus-hembus, pembohong-pembohong dan temberang-temberang, serta asap kemenyan yang sekadar melengkapkan upacara perubatan, membuatkan kitab-kitab ini terbiar begitu sahaja. Berbeza dengan masyarakat Cina yang berjaya menaiktarafkan bidang perubatan sensei mereka untuk digandingkan dengan perubatan moden, orang Melayu bagaikan kehilangan dalam keseronokan mereka mendabik dada bahawa Melayu sudah bertamadun...
99 comments:
Jean,
Bukankah kitab Tajul Muluk ni dah diharamkan, masih ada di jual lagikah dan di mana kedai yang menjualnya...
Bila masa pulak Tajul Muluk diharamkan? Hehehe... ni aku tak tahu nih...
Tapi kalau pun kena haram, mungkin disebabkan bab Nur Muhammad yang tertulis di kiri kanan helaian muka surat Tajul Muluk ini...
Sdra JBara...
Dulu masa kecik-kecik saya sering membaca Tajul Muluk kepunyaan Tok Wan saya. Apabila dewasa dan sudah bekerja saya berkesempatan membelinya di sebuah kedai buku berdekatan pasar basah Johor Bahru.
Selain daripada ayam yang ditulis hayam, perkataan bumi pula dieja dengan 'ba wau mim'..jadi saya selalu tersasul menyebut bumi sebagai 'bom'. Perkataan 'Mohabbat' juga digunakan secara meluas yang merujuk kepada doa pengasih.
Saya juga tertarik dengan bab 'pelimun' dan 'carta/jadual perjalanan dan melakukan pekerjaan mengikut waktu dan hari' dimana ianya khusus sebagai panduan bagi menundukkan musuh.
"mungkin disebabkan bab Nur Muhammad yang tertulis di kiri kanan helaian muka surat Tajul Muluk ini"
Takkan lah pasai perkataan tu ianya diharamkan, macam tak logik je bunyinya, atau disebabkan oleh isi kandungannya yang menjurus kepada ilmu perubatan atau tafsir mimpi/falak yang mungkin akan menyesatkan kepada sesiapa saja, jika membaca tanpa berguru.
betullah tuh... kalau sesiapa main serkup dari kitab tu semata-mata tanpa guru muktabar, dibimbangi akan tergelincirlah akidahnya.
Johar... hang boleh hubungi aku kat abnormalheater@gmail.com atau kalau nak chat, meh kita main ym, tharwan_tharwat@yahoo.com
salam, wah tajul muluk memang selalu disebut-sebut lah sejak kecik dah baca, lepas tu dalam tahun 1990an beli di Kedai Kitab/Buku di Pekan Rabu RM8.00 kot banyak istilah barang/bahan yang disebut dalam Kitab Tajul Muluk yang payah nak faham kalau tak berguru
soal haram tu lama dah timbul, mungkin tepat macam abnormalheater kata tu
"Bab pada menyatakan nak buat rumah,...Bab pada menyatakan rajsia mengenali manusia melalui tarik lahir, "bab pada menyatakan bumi yang baik dan bumi yang jahat..bab nak buat rumah,ya macam en.azmi kata, BUMI (Ba wau min), masih ada simpan sampai la ni dalam kotak.., memang tengok arwah ayah amalkan apa yang sebut..selalu depa kata 'perecaman orang tua-tua", nak pacak tiang rumah tunggu hari, nak tebang pokok dalam hutan tunggu arah matahari,macam cerita Tok Ya di Gunung Bongsu, nak buat pintu rumah pun ada cara dia..arah ke mana
satu lagi yang rasany apayah nak jumpa adalah "Senjata Hikmat", warna kulit merah ada keris dan buku depannya, ada petua guru dan macam2 dalam dia.Abnormal..tentu simpan kalau ambik rumah Tok wan dia..
mungkin pasai depa dok tenang(sebut ikut e tanda/e taling?) bab ramalan bintang yang tu yang tu yang bercanggah macam ni..
JANUARI
Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja.
FEBRUARI
Boleh dipercayai, pandai membuat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tapi suka bermain cinta.
MAC
Ringan tulang, mudah membantu,tiada bakat dalam perniagaan kecuali diberi bimbingan. Mudah tergoda dengan lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka bersendirian.
..
kalau x ambik sebagai kepercayaan sebagai panduan ..tapi lani pun ramai dah percaya ZODIAC dari orang tuang ayag(Aquarius) sampai kambing ayang ada tanduk.., siap baca dalam SMS lagi..
apa-apa pun kalau kata perecaman orang tua-tua x pa jadikan panduan..
'Senjata Hikmat' adalah karangan Tuk Janggut - masih lagi terjual di pasaran dan warna kulitnya sudah bertukar menjadi hijau... ehehehe... kulit sajalah yang baru, isi dalam masih sama... masih kekal.
Satu lagi kitab yang hampir serupa dengan 'Senjata Hikmat' karangan Tuk Janggut adalah 'Dunia Hikmat', pengarangnya adalah Ali Dzulfakar. Kulitnya berwarna merah, gambarnya tok bomoh sedang pegang tasbih di hadapan sirih pinang dan bekas bara yang masih berasap dalam bulatan kuning berlapis lima...
Lambakan kitab-kitab mujarobat dari Indonesia telah menenggelamkan karya-karya cult tempatan ini. Lebih ramai yang menyimpan atau membaca atau melihat karya-karya Ahmad Ghoni seperti Kitab Mujorabat Besar, Kitab Mujorabat, Majmu' Syarif dan sebagainya. Cuma kebelakangan ini sahaja (ketika ekonomi menghimpit dan trend pencarian ilmu hikmah) maka kitab-kitab ilmu hikmah yang diterbitkan seawal 1960-an itu, keluar semula di pasaran.
ya, Senjata Hikmat karangan Tok Janggut. Up lah dia punya cover. bahasa dia OK mudah faham..hempedu ayam hitam,bunga kedekai....
kena tunggu hari Isnin sebab kitab tu tertinggal kat Kluang... tapi kalu nak Kitab Dunia Hikmat karangan Ali Dzulfakar, nanti aku suruh Jeanbara uploadkan... sat naaaa....
salam...
emm...
kamu taw kitab bintang dua belas?
same ke ek dgn tajul muluk nih...
huhu...
thanks..
Soalan: Adakah Kitab Tajul Muluk boleh dipelajari isi kandungannya?
Jawapan:
Kita boleh mempelajarai Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada Allah S.W.T. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al -Maidah ayat 90 yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor ( keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga kamu berjaya”.
Oleh itu saudara hendaklah mempelajari ilmu dari guru-guru yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama dan kitab-kitab yang muktabar supaya ilmu-ilmu tersebut memberi manfaat kepada diri saudara di dunia dan di akhirat.
FATWA JAKIM
memang tengah cari kitab bintang dua belas- kitab tajul muluk sudah saya miliki, dari penjual buku yang saya order sms dan saya bayar secara on line, zaman sekarang kitab ajer lama, orang dah moden .
sapa ada jual kitab bintang dua belas boleh maklumkan saya
Kitab Tajul Muluk tu ape sebenarnya? Maaf. Saya masih muda tapi saya nak tau ape kandungan isinya sbnrnya? Di mana sya boleh dapat/beli buku ni? Agak²nya kat perpustakaan negara ade ke..??
ha"ah la..kt ne nk bli buku 2?
adakah kitab tajul muluk da dalam tulisan rumi,kebanyakan orag becerita kitab byk jawi.byk kedai cari tp tak pernah jumpa kitab ni
Anonymous said...
ko beli kat mana kita kiatb tajul muluk tu...boleh gtau aku tak..aku pun nak beli jugak...
apa apa info...ko tolong email kat aku..
assi_5875@yahoo.com
nasihat sy
xperlu la nk cari buku ni
pasal die mungkin menyebabkan kite syirik dgn Allah
ade seorg ustaz beritahu pd sy,
kitab ni kalau diajarkn kpd 10 org yg baik hanya seorg je...
nak soft copy boleh bagi link tak
Betul ke ni kitab tajul muluk yang asal? Setahu aku buku ni dah lama, dan tak ramai ada salinannya. Biasa orang jual ubat yang terer2 dapat sebahagian atau sekerat2 je. Kitab melayu lama setahu aku takde baris dan titik. Yang ni ada. Kitab tajul muluk merangkumi ilmu yang baik dan ilmu tak baik, terpulang pada penggunanya. Yang pernah aku dengar orang tua2 cerita ilmu parang beracun. Kalau terkena racun dia baca ayat quran je boleh baik.
dah lama aku cari buku nih. tapi tak jumpa. blum ada jodoh agaknya. kat kl mana nak cari buku nih.
ape pun prihal ttg kitab2 tu, boleh, selagi tidak bercanggah dgn Al quran dan Hadis..
ape skalipun prihal ttg kitab, boleh dituruti jika tidak brcanggah dgn al quran dan hadis nabi...
salam buat saudaraku yg diingati utk kesambungan genarasi yg baru supaya tidak lupus ada sebuah kitab lama yang masih saya simpan selama 37 th. kitab ini dari tok janggut hampir2 hancur sempat jugak saya menjaganya masih berkeadaan baik. utk pengetahuan saudara memang berkesan nampak penghasilan nya bukan barang yang bole dibuat mainan dan sebarangan. bukan hanya anga2 kosong melayan perasaan. sesiapa beramaldenganya pasti akan merasakan. seandainya ingin keterangan yang lebih lanjut bole emailkan kepada saya muhamadamran@gmail.com.
saya ada punya kitab tajul muluk dan bintang dua belas
sesiapa berminat sila emailkan ke hasfi_new@ymail.com
Salam buat pembaca...saya masih menyimpan senaskhah Tajulmuluk tua yang sudah pudar warnanya tetapi masih lengkap setiap helai isi kandungannya yang ditulis dalam jawi kuno indonesia.Banyak rajah dan wafak pelbagai ilmu rahsia silam yang saya tidak pasti asalusulnya.
Beberapa ungkapannya sukar ditafsirkan ertinya tetapi salah satu Ilmu kuno Tajulmuluk adalah fadhilat mengunci pencuri sehingga terpaksa memulangkan semula barang curian saya sudah kuasai secara tidak sengaja..hanya untuk makluman sekelian.
Ilmu-ilmu dalam kitab ni ada banyak kegunaan, bergantung kepada pengguna nya sahaja..... ni lah dikatakan Ilmu Nabi Khidir. Jangan nak tunggu JAKIM kata ok jer baru nak belajar atau baca...pasal tu setiap kitab atau buku bila nak buat pelajaran atau amalan kena ler pergi berguru, even buku kitab agama pon kena berguru, kalau belajar tak ada guru, maka gurunya ialah SYAITAN yg direjam, tu yg tergelincir.
bahaya sangat ker kitab tajul muluk ni.. saya dah lama saya cari kitab ini sesiapa yang ada tolong saya emelkan (hakim2u72@yahoo.com)please kalau nak jual tolong sebut harga, kalau berpatutan saya beli kalau tak mintak maaf jelah..hehehe
tajul muluk boleh tanggkap pencuri betulkerrr....
Assalamualaikum saudara2 semua,sebenarnya semua ilmu dan amalan yg terkandung dalam buku kitab TAJUL MULUK ini kebenarannya adalah bergantung pada niat&hati seseorang insan yang mempelajari atau mengamalkan ilmu dalam buku kitab tersebut, kalau hati kita tabah, hati kita sabar, kita yakin dalam mengharungi apa jua cubaan&dugaan, insyallah ta'ala kebaikkan atau keburukkan dalam mengamalkan segala amalan yang dipelajari adalah tertakluk pada hati&niat nawaitu yang baik yang ada dalam diri kita sendiri....keburukkan atau kebaikkan yang kita mahukan&tentukan, terserah pada kunci paling penting dalam diri iaitu HATI dan NIAT NAWAITU...
saya pun mencari bagi rujukan tentang khasiat teras kayu.. saya ada teras kayu gemunggal, ada khasiat, insyallah..
sy mempunyai kitab tajul muluk yg berasal dari keturunan saya dari aceh barat/meulaboh.hub saya jika anda berminat. adrianmustariandre@ymail.com atau hp: 081376675145. kitab ini asli yg berisi paduan cara pengobatan yg ditulis dengan huruf arab gundul/ jawi.
Saya ada membaca kenyataan jakim yang mengatakan bahawa ilmu dari kitab 'Tajul Muluk'
"Kita boleh mempelajarai Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada Allah S.W.T"
apa yang dimaksudkan bole dipelajari tapi tak bole percaya.. seolah2 bole tahu saja.. tapi lansung tak relevan.. contohnya kitab hindu.. bole baca tapi tak bole percaya... atau baca kitab budha tapi tak bole percaya... kita tak bole samakan kitab itu seperti bahan bacaan yang lain... bahkan kitab2 agama lain dan kefahaman agama lain sering digunakan oleh pengkaji2 islam dalam mendalami islam itu sendiri.. dari sudut perbandingan.. dan sejarah..
saya berpendapat ayat yang lebih sesuai.. bahawa ilmu itu bole dipelajari dan dijadikan panduan tetapi bukan sebagai pegangan iktikad...
rujuk lah pada para Arifbillah dan guru2 tauhid yang mursyid dan siddiq..
-bintangmerah5695@yahoo.com-
bintang merah
salam, saudara. bole x dapatkan saya satu salinan kitab TM ni..... ariff36972@yahoo.com
salam u all....
sapa2 yang memiliki buku Tajul Muluk, sudi kiranay beri 1 softcopy..
saya berminat dengan buku ni....
sekiranya saudar nak jual, harap2 dengar harga termampu....
sekian wasalam
tolong mail
alan_misil@yahoo.com
kitab tajul muluk ni ade jual kt mane yeh.. kalau kt KL/
WARNA TULIS MERAH KE?
Boleh sesiapa tolong saya untuk dapatkan kitab ni sama hardcopy dekat mn2 kedai atau softcopy link download. Sekadar ingin membaca dan kitab ini....Sila email saya megapterra@gmail.com
Teri,a kasih
salam..sy pun ingin soft copy kitab nie..kpd sesiapa yg masih ada salinan sudi2 kan lah email kpd sy arlong_n9@yahoo.com..terima kasih
saya cukuup tertarik diruangan ini kerana lebih terbuka pemikiran pengunjung. rasanya belajar xsalah.tujuan pengunaannya saja jgn salah.ain lam mim atau ain lam mim waw (ilmu).ain itu menunjukan luas..tuntutlah ilmu...itu jer seruan sy.
selain dari kitab Tajul Muluk, Bintang 12, Pati Rahsia, Senjata Sulit dan Senjata Hikmat...sebenarnya banyak lagi kitab-kitab(buku2) melayu lama yg generasi zaman sekarang mungkin tak tau, antaranya adalah kitab ilmu pertahanan, Pagar Hikmat, senjata mukmin sebnyk 3 versi, ilmu firasat, ilmu rahsia bermadu, ilmu rahsia perempuan, seribu Hikmat, Dunia Hikmat, Ilmu Hikmat, Hikmat Fatihah, Hikmat Ayat Kursiy dan bnyk lg...saya sarankan anda carilah guru yg terdiri dari org2 tua yg berumur dlm lingkungan 70 tahun ke atas, tanyalah mereka, insyaallah anda akan berhasil
Assalammualaikum....saya masih menyimpan kitab Senjata Hikmat versi kulit merah,terdapat perkataan senjata hikmat bersama sebilah keris dan kitab dihadapan buku,belang putih dan merah pd bahagian belakang.Asalnya hak milik arwah datuk saya,terdapat banyak lagi kitab2 lama yg masih saya simpan..sesiapa berminat boleh hubungi saye Reza-017 623 5843...
salam,..
apa2 yang memiliki buku Tajul Muluk, sudi kiranya berikan 1 softcopy..
saya berminat dgn buku ni....
sekiranya ada yg nak jual, harap2 biarlah dgn harga yg termampu....
sekian wasalam
tolong mailkan ke zaf78887@gmail.com
kepada sesiapa yang memiliki kitab tajul muluk keluaran pertama, saya mohan agar dapat hubungi saya di abmp7799@gmail.com
salam,..
apa2 yang memiliki buku Tajul Muluk, sudi kiranya berikan 1 softcopy..
saya berminat dgn buku ni....
sekiranya ada yg nak jual, harap2 biarlah dgn harga yg termampu....
sekian wasalam
tolong mailkan ke muhamadazlan90@gmail.com
kitab tajul muluk bisa di download disini http://www.mediafire.com/download.php?3n6vyq4p0m5bb3w
bintang dua belas :
http://www.mediafire.com/download.php?txa3at2jds0t2sp
hasfi_new@ymail.com
Saya punya kitab tajul muluk..kalau berminat hub ke no 085271727556
kitab ni sebenarnya ada jual kat penang,harga dia tak sampai pun rm5 kalau tak salah saya.tapi dalam bahasa rumi lama.
LAHAD DATU, 21 Mac (Bernama) -- Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.
Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.
Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.
"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.
Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.
"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.
Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.
Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.
"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.
Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.
Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini Rabu.
Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.
klau ada soft copy kitab 2,boley bg sy x..kalau jual runding harga..email sy d booduck_jahat69@yahoo.com..
Slm..kat mna boleh beli buku ini..kalau ade softcopy pn xpe.boleh email sy.fairus_anuar83@yahoo.com..
Tq
masih ada copy an bukunya g'.?
kalo ada boleh mintak g', kalo beli pun jadi...
emailkan ke alamat email saya.
anwarsadadrkt@yahoo.com
Penang kat mane tu?
Salam.. ada ruang orang bahaskan kitab/buku lama melayu ni. banyak buku ni dijual di kedai arab bajrai. Batu Pahat ada di pasar melayu
Klu kat penang d mana.saya mmg dah lama mencari buku tajul muluk dan yg lain lain.
salam to all...
da lama da sya cari kitab ni,
pls send me a soft copy of the said kitab, we having 1 here but unfortunetly,some of the pages are lost.if need to pay for it, i will.
tlg email ke rizhassan86@gmail.com
wassalam
Kalau ada soft copy kitab-kitab Tajul Muluk dan bintang 12 ti sayang nak juga...
Email link ke kembara242@yahoo.com.
ramainya yg minat blajabnda syirik..tajwid betul ke x....tak kisah pun..patutla islam kalah dgn kapir skrg ni..
Thukah anda nur muhammad tu apa? Jika bodoh jgn tunjukkan diri tu trlalu bodoh
assalamualaikum. saja masih menjual kitab Tajul Muluk, Pati Rahsia, Senjata Mukmin, Senjata Sulit, Pagar Hikmat, dan Peluru Petunang.
apa2 ha sms sy di 0145110313 atau whatsapp/wechat/sms di 0129611812. boleh lihat di blog sy:
http://www.naimalkalantani.com/2013/06/menjual-pati-rahsia-pagar-hikmat-dan.html
ramalan kesereasian pasangan menurut kitab <a href="http://daisyteapot.blogspot.com>tajul muluk</a>
Salam...pm...sy nk tajul muluk tu...koleksi peribadi...
a_aznie@yahoo.com
Salam...pm...sy nk tajul muluk tu...koleksi peribadi...
a_aznie@yahoo.com
Saya ada sedikit stok buku TAJUL MULUK (Jawi RM40) dan PELURU PETUNANG (RM30).....boleh sms ke saya LAN 013-9906257. Siap POS LAJU
Assalammualaikum,
maseh ada sesiapa kat sini yang ada kitab tajul muluk ke.. saya nak untuk rujukan. Peluru Petunang tu buku ape yek.. boleh whatssup saya di 0197755875 (Tim).. T.Kaseh..
assalam semua.. sya ada jual kitab ni ye berminat wssp ke 0169452596
Aku udah baca kitab takjul muluk
.kalo aku berpendapat kitab ini dibuat oleh iblis.inilah salah satu iblis menyesatkan manusia.seakan kita tersugesti gara2 kitab ini.....
ilmu Nabi Idris A'laihissalam kot ...sesat apanya itu kan ilmu jirim bumi dan langit ...wallaabua'lam bissowaab 01126155838
SLM... SESIAPA YANG MASIH ADA KITAB LAMA(TAJUL MULUK DAN SEUMPAMANYA) DAN BERNIAT UNTUK MEMAHARKANNYA, TOLONG SMS SY, 0168574863
PERJALANANKU MENGENAL DIRI
Ada kitab tajul mukuk ni...siap takdoq baris lg..cover dia ukiran lama lg..tp jgn harap la sesapa dpt dr sy...coz sy ni pengumpul brg klasik...ari tu sy cari ubat kurap..ada..tp tak faham jenis daun yg dia suh cari...yg tahyul pun ada juga...tp jgn diikut la yg gitu..
assalam bang kitab tajul muluk yg ada lada abg tu tulisan jawi atau rumi?
Jawi. Boleh whatsapp 0129611812.
Tunjuk pandai plak si bodoh ni...dah la bodoh..org riak org yg bodoh dan tak dihormati.
ada beberapa buku koleksi ilmu persilatan yg saya pernah berguru dan baca..asalnya daripada zaman maharaja china...tapi sudah di ilustrasi dan di terjemah oleh Tony(penterjemah dilantik)....buku² tersebut termasuklah Alam Perwira, Anak² Wira, Pedang Setiawan dan Wira Tunggal
Kitab yg sbnr hanya ada 7 buah .Kalau mudah didapati di pasaran sy pasti ianya tidak tulin atau tidak lengkap…nasihat saya,kalau rukun yg 6 masih goyah,apa yg anda dpt dr buku ini tiada makna...hanya yg kenal diri dan arif tentang
Tauhid
Tasauf
Tarikat
Makrifat
Hakikat-
HAKIKI…
Boleh dibaca tp berhati2 lah jika ada niat mendalami.Kitab yang sebenar bukan hanya tercatat apa yang diceritakan disini.Malah apa yg saya baca disini hanya 2/4 dr seluruh isi kandungan yang sebenar… Apa pun saya bangga,ada juga generasi muda yang berminat dengan perkara sebegini.Semoga apa yg dicari dan dikejar seiring dengan iman yang tak tergoyah demi diri danAzza Wajalla… Amiiinnn…
saya adalah buatkan buku .. olahan resepi daripada kitab ni. saya bincangkan mengenai herba-herba yang digunakan.. sapa yang berminat nak tengok buku tu nanti datang booth pameran saya bulan 9 / 2018.. emel saya untuk tahu selanjutnya.. cba_6149@yahoo.com
Assalamualaikum tuan sy nazri dari Kluang ..bole tak sy nk dpt kan Salinas kitab tajul muluk bintang 12 ..bole tel sy 0127053144 sy duk tmn kurnia area klinik jamaliah
assalamualaikum tuan. saya berminat dengan kitab tajul muluk. pm ke emqil saya. rismayantidaniskandar@gmail.com
Slm..rosli..mne ko skrang...lame tk jmpe ko..ko ade simpan ke kitab2 lame ni...
Di mana kedai adacjual kitab tajul muluk?
saya ada menjual Tajul Muluk. Boleh hubungi saya di 0129611812
Saya pernah ads kitab ni yg asalnya dari datok saya. Sekarang dah hilang dan kini saya ingin mendapatkan semula. Jika tuan ada dan boleh dapatkan satu harap hubungi saya ketana amat memerlukan saat. Ini.
Abdullah 60172743105 atau email abdullah1301@gmail..com.
Tuan, ramai jugak sebut, pergilah berguru. . Soalan, dgn siapa kami nak pergi berguru... Kalunada number tepon or alamat.. . Leh lah gi berguru
saya ada jual buku ilmu hikmah
wasap.my/60176214213/tajulmuluk
Masih adakah buku tajul muluk ni.
Di kebanyakan kedai2 buku yg official mcm popular & sebagainya, memang takde jual kitab tajul muluk ni.. tp sy bg cntoh pd sesiapa yg berada/hampir dgn bandar ipoh, boleh search google map dimana kedai buku di ipoh.. ada sebuah kedai yg menjual kitab2 lama & baru.. cuma, kena maklum pd tuan kedai dulu yg kita nk beli kitab tersebut sbb kitab tu tiada di rak.. bg yg memang ada menjualnya, diharapkan teruskan penjualannya & pasarkan kpd semua yg menginginkan kitab ilmu bermanfaat tersebut.. biar orang lain mencemuh & menghina, kerana mereka telah tertinggal sejarah penulisan kitab serta pengarangnya.. ilmu Allah, dikongsi bersama..
Jangan bodoh. Tajul muluk ni keluaran golongan puak syiah. Pergi tanya ulama2 di mesir. Habib dan da'i2 yg belajar di university al-azhar kaherah mesir dan di morocco. Jadi isu apabila buku2 berbagai tajuk keluaran puak syiah di sebarkan di malaysia dan di indonesia. Ikut serta perhimpunan2 ustaz2 dan ulama2 baru dapat maklumat nie. Jangan sampai buta ilmu hak dan batil pun dah x kenai. Al-quran dan as sunnah pun nak d kata di ubah. Balik lah ke jalan yg lurus. Jgn aqidah terbalik.hakikat berubah dari yg sebenar.syariat di perlekehkan.makrifat pula menokok tambah. Nau'zubillahi minzalik.
Saya dah jumpa website2 yang jual tajul muluk.bertaubat lah.ikut pada ahlilsunnah waljamaah.
Mengenal diri tu faham makna setiap kata dalam al-quran.insya allah nampak dah. As sunnah amal. Rukun iman rukun islam.amar makruf nahi mugkar.bertaubat. berakhlak dan beramal soleh.itu dah cukup. Jangan nak ikut ajaran tokok tambah ajaran sesat.
Sesat lah bijak oii.. itu kan ajaran masa lalu. Otak letak mana. Al-quran dan as sunnah untuk ummah Muhammad akhir zaman kita nie... dah cukup.blaja tu ja x sampai nak paham2 n x ikut bebetui ada plak cari benda len. Jaga rukun iman rukun islam amar makruf nahi mungkar dah la..yg nak mengarut ambik masa lalu kenapa..byk hadis shahih pun bagi tahu dah.. tajul muluk memg ajaran sesat ko nak sangkal kan. Pi la sangkal depan ulama mesir nun. Pi sangkal depan semua plajar ulama habib da'i qori kat university al azhar dan university islam di marocco. Depa ada duk sebut isu syiah buat kitab tajul muluk ni dan sebar kan ke asia indonesia dan malaysia. Pikiran jgn kebelakang. Sedgkn nabi muhammad s.a.w pun fikir ke hadapan(ummat nya iaitu zaman kita nie) jgn merepek2 sampai nanti dah x reti beza mana haq mana batil. Sesat semua keturunan.
Aku pun orang Lombok indonesia punya kitab tajul mulk 😁😊alif laam miim 😊nuruf jawii
Mana jual niey aku nak belii kawasan johor Kluang
Bukaan harraam,tapi bid,ah ,kalau sudah dengan bismillah taq ada salahnya kaan dan ,ilmu allah meliputi langit dan bumi lagi pula tak kan lah anggap kitab tu yang punya kuasa ,di dunia ini Laaahaulawalaquwwata,illabillahil,aliyyil ,adziiim😊
biar aku citer sikit. untuk yang tertanya apa ada dalam tajul muluk.
apa yang ayah aku selalu rujuk.
bahagian mengenal keserasian. boleh
guna untuk bakal jodoh. atau nak cari partner bisnes.
lagi best.
rujukan nama untuk kiraan siapa yang dominan dalam satu2 keluarga..
panjang pulak.
banyak lagi yg menarik.
aku pun cari buku tajul muluk ni.
tinggalan arwah sy tak ambik sebab dah jadi pusaka.
sekarang sedang berusaha nk cari sendiri.
owh. nasihatnya.
sekadar rujukan. jangan sampai taksub.
apa2 pun. letakkan Allah di depan.
insyaalah selamat.
Kalau dapat minta roger dok cari jugak 1
sy ada jual... berminat wasap 0174357509
sy ada yg jawi.. berminat wasap 0174357509
berminat boleh wasap saya di 0174357509
berminat WhatsApp 0174357509
boleh WhatsApp 0174357509
Ada lagi ka kitabnya
Post a Comment