Saturday, June 28, 2008

DUNIA HIKMAT


Selamat pagi. Ini ada lagi satu emel yang abnormalsuam kirim untuk santapan kita semua. Macam selalu, dia juga bermurah hati mengirimkan imej, yang kali ini saiznya dah tak sebesar gunung lagi...

Ini adalah kitab Dunia Hikmat yang ditulis oleh Ali Dzulfakar yang merupakan pengarang bagi kitab-kitab seperti Seribu Hikmat, Menjadi Nujum, Garisan Azali, Ramalan Jala Tiga dan Majmu' Ayat Al Quran. Kitab ini mengandungi 256 Fasal yang antara lain termasuklah tentang lelaki, wanita, senjata, pertempuran, gerak langkah dan sebagainya. Berbeza dengan Senjata Hikmat mahupun sebuah lagi kitab karangan Tuk Janggut yang berjudul Pagar Hikmat, Dunia Hikmat tidak mengandungi jampi serapah atau mantera dalam bahasa Melayu sebaliknya kebanyakannya berbahasa Arab dan sebahagian besarnya dipetik daripada ayat al-Quran. Pun begitu, bagi mereka yang memiliki kitab ini suatu ketika dahulu, mereka telah menempuh jalan agama terlebih dahulu sekaligus berjaya mengenalpasti yang mana jalan yang benar dan yang mana jalan melencong. Bagi generasi sekarang yang sangat berminat dengan kitab-kitab seperti ini, mempelajarinya tidak salah tetapi perlulah berguru yang mursyid. Seelok-eloknya mereka yang mempelajari ilmu-ilmu hikmah ini, menempuhi dulu dunia Usuluddin dan Ushul Fiqh keranan banyak perkara yang diperkatakan di dalam kitab-kitab ini, seandainya dibaca sekali imbas boleh menyebabkan kegelinciran akidah. Pada email yang lain, aku akan cuba uploadkan kitab Senjata Hikmat karangan Tuk Janggut pulak yer...

7 comments:

tok dam said...

abnormalsuam ni minat sungguh dengan kitab corak ni no..aku ni rasa tak layak la nak komen ..tapi sekadar nak berkongsi perbezaan pandangan aku sejak dulu lagi dengan kitab2 sebegini..lagi pun nak tau jugak pandangan hang serta kawan2 lain.

pada pandangan aku, pengharaman kitab tajul muluk oleh jakim tu adalah satu tindakan yg sangat wajar.. mungkin pada satu waktu dahulu dimana bangsa kita tidak banyak terdedah kepada ilmu2 moden seperti perubatan, kejuruteraan, psikologi dan lain2 maka kita tentu saja selain dari panduan kitab agama biasa kita banyak bergantung kepada kitab2 sebegini untuk memandu arah kehidupan sosial kita.. dan seperti selalu, akan terdapat segolongan oportunis yg akan menjadi penyeleweng dan penyesat dalam masyarakat..tanpa sebarang prejudis dan prasangka buruk terhadap penulis kitab2 ini pun kita akan mendapati bahawa kitab2 sebegini adalah sangat terdedah untuk dimanipulasi oleh para oportunis ini membuat keuntungan peribadi.. sehingga tiada banyak usaha yg dapat dilakukan hatta oleh alim ulama sekali pun untuk menghalang kegiatan ini disebabkan oleh kerana kelemahan pemahaman ilmu yg sangat ketara sekali dalam masyarakat kita sendiri.

Oleh itu langkah mengharamkan kitab2 ini dari dijual adalah sangat bertepatan dengan keadaan kita sekarang ni kerana kita sudah banyak mengakses ilmu moden yg boleh menjadi keutamaan untuk kita manfaatkan disamping mengurangkan ruang untuk diseleweng dan disesatkan.

dan sejak dari dulu lagi aku tak pernah minat dengan kitab2 mujarobat dan kitab yg sewaktu dengannya ni..kalau boleh, aku jugak tak mau tengok buku ini dijual berleluasa..risau tengok kawan2 yg cenderung nak beramal dengan isi kitab ni..takut jadi kot lain..dan banyak jugak yg memang jadi kot lain..pelik dan janggal..sesuatu yg memang depa nak orangramai pandang depa..

lagi pun mana ada kitab2 ni diajar secara formal.. sebab apa tok2 guru tak masukkan kitab ni dalam silibus pengajian pondok depa? atau memang depa dah lama dah haramkan kitab2 ni kat pondok depa?

kalau tak jadi keberatan tolong jawab dan pebetoi sat persoalan dan tanggapan aku..

AbnormalSuam said...

Apabila turunnya Harut dan Marut ke bumi, maka turunlah juga wahyu Allah Taala yang antara lain maksudnya, kedatangan kedua-duanya adalah satu dugaan kepada manusia semata-mata.

Begitu juga dengan hukum mempelajari ilmu kalam. Imam-imam muktabar mengutuk ilmu kalam (bukan usuluddin) namun pada satu peringkat, ada yang dibenarkan mempelajari ilmu berkenaan bagi menangkis dakyah daripada penganut ilmu kalam.

Begitu juga dengan ilmu-ilmu hikmah atau perubatan Melayu. Walaupun sebahagian besarnya bersifat 'Harry Porter' namun pada masa yang sama, ada juga kepentingan yang boleh kita cedok masuk ke dalam masyarakat moden. Contohnya penggunaan herba sebagai rawatan alternatif atau 'supplementary'.

Cuma yang menjadi masalahnya, apabila mereka yang ingin mempelajari ilmu-ilmu hikmah sebegini, tidak mempunyai minat atau asas dalam Fiqh, Usul Fiqh, Usuluddin dan Tasawuf Islam yang kukuh.

Aku masih berpegang kepada prinsip ini. Mempelajarinya tidak salah, bagaimanapun, ia tetaplah perlu mempelajarinya dari tangan orang yang benar-benar ahli, bukan sekadar mempelajari dari kitab semata-mata. Kerana kesalahan yang dibuat oleh si pengamal yang baru belajar, tidak mungkin dapat ditegur oleh kitab sebaliknya guru hidup yang bersuara.

Corak yang sama apabila kita mempelajari al Quran. Disebabkan itulah, kita perlu mempelajari al Quran dengan tangan guru, bukannya dengan VCD, DVD atau televisyen semata-mata.

Anonymous said...

sebona nye eyh..

Anonymous said...

senang cite la...

perkara yg paling penting ialah anda hanya perlu faham...

pertama sekali
sekalian perlu memahami erti 'hikmah' iu sendiri...
firman Allah dalam al-quran yang bermaksud..
"barang siapa yang diberikan hikmah (kebijaksanaan), maka dia telah diberikan kebaikan yang banyak"..

hikmat2 jampi yg diamalkan oleh org dulu2
adalah ilmu (ilham) yg datangnya dari Allah...

panadol, sendayu tinggi, minyak gamat, dan bermacam2 lagi ubat2 moden,... ilham (kebijaksanaan) untuk membuatnya pun dtgnya dari Allah...

teknologi internet, kapal terbang, senjata api, pembinaan, dsbnya... pun dari Allah


semua itu adalah hasil dari kebijaksanaan (hikmah)manusia... Allah yg mmberikannya (kebijaksanaan @ hikmah)supaya manusia ni menjadi khalifah dimuka bumi...

kisah Nabi Sulaiman memerintah alam, jin dan segala haiwan...
ce mana 2?
itu lah hikmat(kebijaksanaan) yg Allah berikan kpd Nabi Sulaiman...

cite member kite Irfan Khairi, jutawan internet ... kreatif dalam ilmu yg dia blaja pun adalah satu kebijaksanaan(hikmat) dari Allah...
ilmu org dulu2 ngan skrg ni sma je... cuma zaman(masa) yg berubah, skrg lebih senang beli ubat aspirin(hasil dari kebijaksanaan manusia) kat farmasi daripada menjampi air .. tapi kat farmasi xde ubat gila atau ubat santau...maka dengan ini, kene la jgk jampi menjampi(ayt al-quran je taw)... ini lah hikmat(kebijaksanaan) yang bukan semua org ada...

dalam erti cerita lainnya...
tuntut lah ilmu selagi bernyawa...nk beramal ilmu apa pun, harus ada iman dan taqwa...

ilmu hikmat, ilmu buat panadol, ilmu komputer pun,... perlu da iman & taqwa..
(ilmu baik @ jahat, semuanya ble terjadi dengan izin Allah, itu adalah ujian Allah kpd kita)
kalo x, nescaya akan tergelincir...
ingat, semua yg berlaku adalah dengan izin Allah... dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali... sekian,..
~ma'as salamah...

P/s: sebarang pembetulan share kan bersama kepada emel ana...
watleklokskit@yahoo.com

Anonymous said...

Salam, Mana nak dapat kitab-kitab ni?

Seribu Hikmat, Menjadi Nujum, Garisan Azali, Ramalan Jala Tiga dan Majmu' Ayat Al Quran

Titin said...

saya dari indonesia, dimana sy bisa beli buku dunia hikmat, pls info.terimakasih

muammar cules said...

Dimana kita bisa bisa mendapatkan kitab tu, soalnya di Aceh, Indonesia membutuhkan satu kitab Dunia Hikmat..
terimakasih