Tuesday, June 17, 2008

WARISAN YANG NAK HILANG...


Maaflah kalau blog ni dah jadi macam galeri buku/majalah lama dah. Bukan apa, saya rasa macam sayang kalau tak highlightkan benda-benda lama ni. Takut perlahan-lahan pupus dan luput tanpa dipedulikan.

Di sini saya paparkan satu lagi naskah lama. Ini bukan komik walaupun sekali pandang, memang nampak macam komik. Ia sebenarnya sebuah buku yang memuatkan skrip drama yang mengisahkan riwayat Sayyidina Abu Bakar As-siddiq.

Buku ini setebal 60 muka surat, bertulisan jawi dan diterbitkan oleh 'Usaha Penerbitan Menara' Kuala Lumpur. Penulisnya, Abu Zaki Haji Mohd Fadzil. Pencetaknya pula, Craftman Printers, No. 16, Jalan Penchala, Petaling Jaya. Harga yang tercatat ialah $1.00 senaskah.

Saya percaya kita tak mungkin lagi berpeluang untuk melihat buku seperti ini, maksud saya buku-buku cerita bertulisan jawi, muncul di pasaran buku-buku popular. Ada tak ada ia hanya terbit untuk budak-budak sekolah. Itu pun mungkin kerana terpaksa...

9 comments:

AbnormalSuam said...

sampai sekarang, aku juga masih mencari naskhah sama ada yang asli atau pun sebaliknya, 'Hikayat Sang Lambri'

ada sapa-sapa yang pernah tengok? Atau aku sekadar mendengar namanya sahaja semenjak 33 tahun lalu?

afandi said...

oh, buku ni juga seangkatan dengan Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Bercukur rasanya, JB

ada lagi ka Buku Tongkat Hikmat, petua dan amalan

AbnormalSuam said...

Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Wafat, tercantum di dalam sebuah kitab dan ianya lebih lama daripada yang dipaparkan oleh Sdr. Jeanbara...

Anonymous said...

Mungkin juga saudara Jeanbara ulas tentang bagaimana Radio pada zaman dulu menggunakan Hikayat lama sebagai cerita bangsawan atau sandiwara radio mereka.

Sabran

Anonymous said...

Sabran,
Saya pun tak boleh nak ulas sebab saya membesar di penghujung era KArim Mohd, Norlela Samad dan Pakcik Jamal dah. Tapi waktu di sekolah rendah, saya sempat juga mengikutinya dalam Siaran Ke Sekolah-Sekolah. Malangnya tak ingat sangat. Yang saya ingat cuma Buaya Mati Dua Kali oleh Shamus Frazer...Muzik intro dia best semacam.

Satu lagi, pada malam tertentu, akan melekap di radio...dengar cerita-cerita Jah Lelawati. Macam-macam ada.

Azmi Ahmad said...

Sdra JBara..
Selain dari rancangan Bangsawan Ke Udara yang diterbitkan oleh Radio Singapura, Kebun Pak Awang dan Pending Permata juga turut diminati pada era 60-an dan 70-an. Pengiklan yang kerap menaja rancangan drama radio ialah 'Tonik Chop Gajah' keluaran A.S Mohamed Kassim, Singapura.
Drama kanak-kanak 'TP' tajaan susu cap teko juga meninggalkan kenangan ketika itu..

jeanbara said...

Ya, Pending Permata...saya ingat itu. Tetapi Kebun Pak Awang, jarang-jarang ada peluang mendengarnya.

Tonik Chap Gajah...lagunya menarik dan unik. Masih ingat sudu yang datang bersamanya?

Susu cap teko atau susu cap junjung mungkin menjadi salah satu sebab kenapa saya pernah pandai menyedut susu (yang masih agak banyak) dari tin sampai licin! Pengaruh iklan kut...

Anonymous said...

Saya sedang mencari buku "Pending Permata" karya Shamus Fraser, terjemahan Firdaus Abdullah, terbitan Oxford University Press. Boleh sesiapa syorkan di mana boleh saya perolehi?

We Haus Enterprises said...

Bertuahnya saya dapat melihat buku arwah bapa masih dalam simpanan. Muga tulisan bapa akan menyentuh hati-hati, dan merubah persepsi diri meskipun jasadnya telah hancur dimamamh bumi.Alafatihah