Sunday, June 15, 2008

...UNTUK JAAFAR TAIB


Saya ingin mendedikasikan posting kali ini kepada sahabat saya, Jaafar Taib. Lukisan hiasan muka depan majalah Saripati ini (keluaran April 1977) merupakan sentuhan beliau. Waktu itu Gila-Gila belum ada dan Jaafar belum begitu dikenali.

Saya tidak tahu berapa Jaafar dibayar untuk lukisan laman depan ini. Tetapi jangkaan saya, ia tidak melebihi seratus ringgit. Itu dulu. Sekarang, sukar untuk melihat lukisannya yang berharga di bawah RM30,000.

Saripati ini antara 'diages' Melayu yang popular suatu masa dulu. Penerbitnya Abu Bakar Ninggal, masih aktif dalam bidang penerbitan. Saya tak tahu Saripati masih terbit atau tidak, yang saya tahu majalah ini pernah tenggelam timbul beberapa kali. Dan itu juga realiti dunia penerbitan di Malaysia. Penerbit jarang kaya raya. Yang jarang tak kaya cuma pencetak dan pengedar...

3 comments:

Azmi Ahmad said...

Sdra JBara..
Semasa baca Gila-Gila dulu, saya teringat nama Jaafar Taib sering ditulis sebagai Jaafar 'kalau' Taib. Ada apa-apa cerita ka di sebalik perkataan 'kalau' tu..

jeanbara said...

azmi,
Sebenarnya antara yang mempopularkan Jaafar di GG ialah ruangan 'Kalau'. Pada mulanya, itu 'kolum' yang dia pajak. Sinonimnya dia dengan ruangan itulah menyebabkan nama Jaafar 'disekutukan' dengan Kalau.

Ruangan itu bagaimanapun beralih dari seorang kartunis ke kartunis yang lain selepas Jaafar mengambil alih teraju CESB. Hanya sesekali dia muncul mengisinya.

Demikianlah kisahnya...

afandi said...

ya sdr, Jeanbara, Azmi
macam-macam "kalau" yang ada dalam gila-gila, KALAU disemak mungkin sebahagiannya dah jadi kenyataan..contohnya kalau binatang faham bahasa binatang, kalau tahu hari mati dsb.

JT nampaknya ada dua sentuhan, satu sebagai kartunis, lukisan karton yang sellau saya tekap dan muatkan dalam buku lukisan Cap unta (camel drawing book)semasa sekolah rendah. dan lukisan potret serta pemandangan..