Friday, June 20, 2008

KELAB PINJAM-MEMINJAM

Ini ada satu (sepucuk? sebuah? se apa?) emel daripada sahabat kita sang tuba. Ada beberapa cadangannya yang menarik perhatian saya, tetapi saya serahkan untuk perbincangan dan pertimbangan kita bersama:


Subject: Cadangan Untuk Kaki Buku
Saudara Tuan Empunya Blog
Pertamanya, tahniah di atas pelancaran blog menarabuku. Selepas beberapa kali melayari blog tersebut terlintas pula satu cadangan untuk kita semua fikir tentang konsep & perlaksanaannya.
Cadangan saya:
  1. Apa kata kita saling bertukar-tukar buku sesama ahli so-called kelab menara buku.
  2. Kita senaraikan buku-buku yang boleh dipinjam oleh para ahli.
  3. Kita hantar kepada alamat mereka. Lepas baca hantar kembali kepada tuan empunyanya.
  4. Kos penghantaran ditanggung oleh mereka sendiri.
Persoalannya:
  1. Sejauh mana kita dapat memastikan bahawa buku-buku yang dipinjamkan dapat dikembalikan kepada tuannya?
  2. Sejauh manakah keikhlasan mereka yang mengambil bahagian?
Tujuan saya mencadangkan perkara ini adalah kerana minat membaca buku-buku dulu baik yang ilmiah, sci-fi, hantu disebabkan kesukaran mencarinya kembali. Salah satu buku yg dicari adalah Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis.
Sekadar cadangan ajer...
Sekian, wasalam...
-SANG TUBA-

4 comments:

Anonymous said...

Rasanya menarik juga cadangan ni. Masalahnya saya nak pinjam dan baca banyak buku tapi saya punya sendiri ada la seciput. Sebab dah pindah rumah semua dah bagi kat orang.

Satu lagi kalau peminjam tu dok jauh banyak juga belanja pos dia. Kalau harga pos lebih mahai dari harga buku baik beli buku.

Namun kalau buku tu betui betui takdak boleh la kasi pinjam dengan cagaran. Sebab ni atas percaya mempercayai tapi susah juga kalau buku yg dah masuk antik. Mahai...dan payah nak dapat.Nanti hilang atau reput tak ke kes naya.

Jadi syaratnya nak pinjam boleh, tapi hanya buku yg tuan dia boleh kasi pinjam.

Apapun terpulanglah kepada tuan tuan nak buat keputusan sebab itu hak tuan tuan.

Sekadar pandangan.

Sabran

jeanbara said...

Selain Sabran, tak ada sesiapa ke nak sambut cadangan sang tuba ni?

AbnormalSuam said...

hehehehehe...

Anonymous said...

Salam...mungkin juga tuan punya buku yang bermurah hati sanggup meluangkan masanya dengan membuat salinan photostat.Jadi buku asalnya tetap disimpan dan buku untuk dipinjam dari salinan.Dan bolehler dikenakan sedikit bayaran kot ganti harga photostat tadi..hanya cadangan ikhlas.