Sunday, June 29, 2008

SET MAHAL PERTAMA...

Inilah wajah buku/set buku mahal yang mula-mula sekali saya beli. Tahunnya sekitar 1982, sewaktu masih dalam proses 'praktikal' di dunia kewartawanan. Elaun waktu itu cuma RM285, tapi sebab saya suka menulis di sana-sini, duit sampingan lebih banyak daripada elaun itu. Dengan duit itulah saya membeli set ini. Harganya, kalau tak silap ingatan saya, RM330. Dibayar secara berdikit (ansoran; bukan bulanan, tetapi jenis yang 'ada duit bagi, tak ada duit duduk diam-diam').

Set ini sebenarnya agak cacat kerana salah satu jilid tiada lagi dalam simpanan; dan saya sedang berusaha memburu peminjamnya sekarang.

Tanpa menafikan, saya menimba banyak ilmu dan manfaat daripada Tafsir al-Azhar ini, perkara lain yang menarik ialah suntikan semangat yang saya perolehi selepas membaca pengantar oleh penyusunnya Buya Hamka. Kegigihannya menyusun tafsir ini banyak mempengaruhi sikap dan kesungguhan saya selepas itu. Dan itu antara sebabnya kenapa saya terus 'gila menulis' sehingga sekarang.

4 comments:

Anonymous said...

Bagus. Saya amat meminati semua karya Buya Hamka. Terutama buku Falsafah Hidup.

afandi said...

salam jeanbara
sibuk ber'depa-kata' politik ka , smpai x dak entry baru

Azmi Ahmad said...

Sdra. Azmi Borhan,

Buya Hamka Ulama hebat Nusantara...saya sempat mencium tangannya sewaktu beliau datang menyampaikan ceramah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah di Masjid Zahir, Alor Setar pada 1978

Anonymous said...

Salam tuan,
Antara yang menarik tafsir ini ialah tentang bab anjing yang mungkin tidak dapat diterima oleh umat Islam Nusantara..